Friday, May 25, 2007

Entry Campur-Campur

Nothing much happened during last few days...heheheh lantak la kan

Tapi 13th May aku buat kek pertama kali dlm sejarah hidup aku untuk ibunda ku tercinta. Bukan x pernah celebrate tapi kan yang dedulu tu aku beli je x pun aku beli hadiah kat dia and wished tu kemestian la kan.

Lepas tu routine harian cam biasa la.. pegi keje balik keje buat keje hahahaha ....

Cerita 22/5/07

Korang tau on that day amira (my third daughter) dia demam. Actually dia demam since sunday. So on Monday tak kasi dia pegi school but on Tuesday dia insist la nak pi school katanya sebb ada exam. So biarla dia pi school. After work aku balik rumah tengok dia punye la lembik tak larat nak jalan pun kaedahnya sebb tak lalu makan.

Dengan sifat keibuan yang menebal aku bawa dia pegi klinik panel sebb nak bawa klinik yang dekat rumah tu, abang belum balik keje. Aku ni memang la x suka pegang atm kad aku, maklum gila shopping (my mistake la kan. Nak dijadikan cerita, pegi panel, receptionist tu kata sorry kita tak terima staff from ***** ****. Aku ni pun tanya la.. nape x leh plak. Dak tu kata sebab masih under discussion coz ada perbezaan pendapat between management co aku dgn klinik tu on charges for consultation. Apa ke jadahnya HR aku tak mo inform kat staff. Tak ke aku angin gila masa tu.

Korang bayangkan, anak sakit, duit tak de kat tangan(ada dlm bank tapi kad kat abg & kalau ade ATM kad kat aku pun ... ATM machines non ado kat area klinik tu. Sakit jiwa geram nak maki orang semua cukup. That HR manager memang lucky la pasai aku non ado no h/p dia kaedahnya. Kalau ada naya-naya dia kena smash ngan aku cam aku smash badminton katanya.

So aku pun apa lagi.. feeling feeling kerek, bawa anak aku masuk kete and drove dia pi another panel klinik. Kalau aku tau macam ni, tak hingin aku bawa redah jam segala nak pi klinik. Might as well aku tunggu abang balik and bawa dia gi klinik dekat rumah yang x sampai 2 minit tu kan. Hampeh nye HR .. menyusahkan aku.

Dah pegi klinik lain ambik ubat bawa la miera balik rumah. Dia makan ubat and aku pun masak la bubur untuk dia nak kasi dia makan. Sihat dah anak aku tu.

Next day aku pegi opis terus aku amuk HR aku tu. Nak jadikan cite, sudah ramai staff yang kena cam aku kena tapi HR ni feeling suka-suka hati x mo inform orang what's actually going on kan. Bila aku dah amuk baru la keluarkan memo inform this and that kat semua staff. High.. makan hati korang. Pehtu few members aku cakap kat aku .. ade hikmah aku yang kena sebb baru la HR tu feeling nak buat keje sikit, kalau staff yang tecik-tecik kena jangan harap la derang nak layan kalu komplen pun kan. Kaedahnya aku ni (si mulut laser kaedahnya) yang kena, nasib ko la labu. Memang aku feeling nak tumbuh tanduk time tu.. kengkonon nak ngadu kat "Abah" aku, tapi aku lum sampai hati nak ngadu2 orang ni kan. Maklum aku bukan kaki kipas 3 4 horse power kan.

HR aku tu siap minta maaf lagi kat aku, depan aku la.. belakang aku dia nak kata apa aku peduli apa, janji aku dah highlight kepentingan staff yang lenlain.. bukan untuk kebaikan aku saje.

CERITE 23/5/07

Ha.. sambungan cerite kata atas tu... cerita pasal kawan baik aku.. kecian ya amat.. korang tau apa jadi kat dia...mak mertua dia meninggal and at the same time dia plak sakit nak bersalin. Jadinya laki dia yang juga kawan aku dah gelabah bewak (org kedah kata, tak tau nak dulukan yang mana. Yang di sana mak yang di sini isteri. So kaedahnya after dia terima called kata mak dia dah arwah tu kan, dia pun nak balik rumah la nak cite kat kawan baik aku tu. Nak ajak balik kampung kat Kedah nun. Tapi lum sempat dia cite, isteri dia (kawan baik aku) kata dah rasa sakit2. Langsung dia lupa nak inform mak dia dah arwah. Dia pun drove isteri dia ke klinik yang dok rawat isteri dia.

Sampai klinik, as usual, doc pun check la apa yang patut, and suruh kawan aku kejarkan isteri dia ke hospital berdekatan kerana tanda-tanda untuk bersalin sudah ada. My fren tu pun apa lagi terus ke Hospital Kajang bawa isteri dia direct ke wad bersalin... apa jadi kengkawan?... siyes aku kesian kat isteri dia (kawan baik aku)

Isteri dia pun cakap kat nurse tu ... baby dia disahkan songsang and kandungan dia tak cukup air as what yang doc dia informed dia earlier. Masuk la Doc yang bertugas time tu. Nak salah kan doc ni pun x leh.. semua x salah sebab semua dah ditakdirkan cam tu...Doc tadi terus je la check the wife tadi & baru dia tau baby songsang. Doc pun tanya the wife nape x informed earlier, the wife said dah informed nurse, the nurse said x sempat informed doc sebb the wife dah nak bersalin sangat. The Doc immediately keluarkan arahan untuk operation kan....aduh kelam kabut satu wad bersalin tu. Alhamdulillah semua dah selamat. Arwah mak kawan aku dah selamat disemadikan, the wife dah selamat and baby so cute hehehehe. The husband masih di kedah, the wife still kat sepital...mungkin discharged today (25/5/07.

Tu je cite untuk masa sekarang.. ada masa akan tulis lagi ... hehehe

chow....

Saturday, May 12, 2007

MIHAS GALA DINNER

As promised ni aku nak cite pasal MIHAS Gala dinner malam tadi yang dibuat di KL Convention Centre...

Member aku dua orang nak tumpang mandi kat rumah. Nak jadi cite masa kite org keluar dari rumah jalan punya la jam kat loke yew tak tau pasal apa.. tapi bila nak sampai ke bulatan pudu tu kan nampakla lori sampah rosak. Pergh tensionnya. Dalam dook tension tu kan ada la satu perempuan sengal yang bawa kete kancil putih tu menyakitkan jiwa. Masa jalan susur masuk patut dia kena la beri laluan kepada kreta di sebelah kanan kan dan lagi kete sebelah kanan tu lebih ke hadapan dari dia. Ada ke dia marah kami siap tunjuk muka yg macam kesialan tu kan kat kami. Nak je aku himpit dia ke tepi kalau aku yang pandu kete tu. Sib baik kawan aku yang pandu. Punyalah bodoh x tau undang-undang jalan raya. Dah la lesen P .. kete pun kemek kat belakang lagi mau kerek.

Ok.. sekarang kita cite pasal dinner MIHAS tu...kelakar ada busuk pun ada.

Apa yang kelakar... pertama yg kelakar ialah kite org sampai lambat sebab jalan jam yg lori sampah rosak tu punya pasal kan. Then masa kite dah sampai orang tengah baca doa.. sib baik belum ucapan perasmian.

Paling kelakar bila EMCee dia asyik tersasul macam gabra gitu hahahaha. Paling kelakar masa Kak Ani buat show dia silap described kenyataan lagu dgn lagu yang dinyanyikan.

Paling busuk...show Kak Ani tak kena dengan tema MIHAS Gala Dinner. Kalau ye pun nak tunjuk kemeriahan, kepelbagaian etnik di Malaysia tak perlu untuk bawa kak Ani nyanyi lagu Hatinya Tak Tahan tu... dah la show dia very de erotik.. menjengkelkan bagi satu acara yang bertemakan ISLAM kan...tapi mungkin lain orang lain pandangan.

Aku still leh terima kalau show tu tarian zapin ke tarian inang ke, tarian India ke yang biasa2 tu ke tarian tradisional india but not tarian jawa yang very de erotik kan .. korang leh bayangkan tak macam mana erotiknya tarian tu? Uh pliz... sungguh tidak sesuai dengan konsep la ...

Habis pasal tu... hantar kawan aku si R ke kereta dia. Pastu aku dan N terus ke KLCC tawaf sekejap sebb tunggu hubby dia datang jemput kite orang.

Sorry picture tak ade sebab aku tak bawa kamera hahahahaha lupa, kalut2 punya pasal
kan.


Netherlands menang besar malam tadi kat MIHAS hehehehehe

Friday, May 11, 2007

BABY QISTINA

Assalamualaikum w.b.t.

Enam bulan lepas seorang bayi yang mungil dilahirkan dan menjadi buah hati pengarang jantung kepada sepasang ibu bapa. Kelahiran Qistina menjadi amat bermakna kepada pasangan Hazrol dan isteri kerana Qistina adalah cahaya mata sulung mereka dan kelahiran Qistina juga mengikat lebih erat kasih sayang antara kedua suami isteri ini.

Namun siapa sangka saat-saat manis ini bakal diputuskan andai Qistina tidak dibantu. Qistina telah disahkan menghidapai HEPATOBLASTOMA, sejenis barah hati. Bayi kecil ini memerlukan bantuan anda semua. Saya menyeru kepada rakan-rakan semua untuk membantu sedaya yang mampu agar bayi comel ini akan dapat membesar sebagaimana anak-anak yang lain.

Keterangan lanjut layari la http://www.qistina.org/

Tangan yang memberi akan sentiasa diingati ...

Thursday, May 10, 2007

Salam Perkenalan

Hari ni pertama kali dalam sejarah hidup aku tulis diari kat alam cyber ni. Sebagai permulaan aku mengalu-alukan semua datang kat sini tapi kat sini bukan semua rahsia diri terbongkar la kan heheheh... saje je nak create blog nak tambah kenalan untuk berbincang perihal manusia sejagat dan juga bertukar-tukar pandangan.

Cukup kot permulaan yang pendek ni. Aku pun tak tau nak tulis apa lagi but who knows nanti aku tulis berjela-jela untuk korang dan aku baca hahahahaha