Saturday, June 30, 2007

Jalan2 Jumpa Sedara

Pagi aku keje la sabtu ni. Tak best sungguh boring siot. Lepas keje balik rumah bibik kata dia nak ke rumah sedara dia. Aku no hal sebb dia pun dah lama x cuti. Cian dia dengan kerenah hero aku nan satu tu. Bukan orang tua tu boleh relax pun. Tak pe la, abang kata petang baru nak antar jadi nya tengahari tu aku masak la apa yg patut untuk isi perut. Abg besa la kalu aku x keje ke atau keje half day tetap nak suh isteri kesayangan dia ni masak hahahhah.

Petang dah lewat petang actually, aku hantar bibik ke rumah sedara dia kebetulan berhampiran dengan rumah kakak aku. Mana x dekat sedara dia keje dengan kakak aku kat kedai makan. Jadinya memang la dekatkan. Dah langsung antar bibik aku pun jengahlah kakak aku sekali. Cian kakak aku tu sakit kaki dia. Ni gara-gara zaman dulu dia jatuh bas & doc masa tu x buat xtra hanya kata terseliuh je & kasi ubat sapu. Last week dia pegi jumpa doc & ckp sakit x leh tahan dah. Doc xtray & kata tulang yg retak lama tu x baik lagi & kemungkinan akan di operate. Huuhuhuhuh cian akak aku.

Sampai kat umah kakak aku, abg aku dari N9 ade ngan anak isteri dia. Heheheh syiok jumpa abg aku yg ni sebb dah lama x jumpa. Lama ke.. hahahahh walhal baru minggu lepas dia datang rumah aku. Dia datang KL sebb anak dia ada konsert Kementerian Pendidikan. Dapat seat VIP huhuhuhu... nyesal aku x pakai baju cantik2 kalu tak aku leh ikut dia & jumpa agung baru.. bukan senang kan nak jumpa agung face to face kan. Tak pe la .. len kali leh jumpa kot insyaallah.

Lepas abg aku gi konsert anak dia, kakak aku dari selayang & cousin aku plak dtg umah akak aku ni. Aiyooo ramai, meriah best meletop.. syiopk borak. Rupanya derang baru balik dari sepital melawat pak menakan aku yg sakit, semput agaknya. Borak punya borak kami pun balik.

Wah syiok ni... masa nak balik .. adoi muqmin ngamuk la pulak, sebb bibik aka nenek dia x balik..jerit2 dia dalam kete panggil nenek dia suh balik. Marah sungguh dia pehtu x mo ckp dgn kami. Hehehehehe sayang muqmin kat nenek kan... macam tu la anak mama. Hormat orang tua & sayang orang tu walau bukan darah daging sendiri

end of today story

Thursday, June 28, 2007

Lunch bersama Ezie & Dinner di Haji Samuri

huhuhuhu ari ni .. pes sekali sebb aku leh sakat ezie... hahahahha cuak dak tu.. cian dia, bukan apa dah lama x sakat dia syiok plak sakat2 ni kehkehkeh. Lunch aku makan dengan dia kat McD hussein onn, syiok layan cite2 maklum dah lama x jumpa.

Syiok dengar dia cite pasal KEBAWAL DIA hahahahahha.. aktif adik aku ni

Malam aku makan satay hj samuri plak... hahahahha bawa anak2 makan... maklum derang pun dah lama tak pi pekena satay tu.. tappi satu je, satay daging dia liat la mlm tadi huhuhuhu apa sudah jadi hj samuri, tapi restoran dia makin kelas, makin cantik, pekerja ramai, service cepat tiptop huhuhuhu aku suka la kan sebb bersih restoran nya...jadi dapatla aku makan dengan selesa...heheheh

tu je nak cite, lenlain x leh cite hwa hwa hwa hwa

Wednesday, June 27, 2007

Drama Emil Emilda lagi....

hahahahah aku ni dah jadi panatik hua hua hua apa nak buatkan.. aku suka drama ni.. best siot... tapi aku sedih drama ni dah last dah hari ni. Tak sabar nak tunggu malam.

siang seperti biasa aku bz dgn kerja-kerja opis aku. Sesambil tu curi2 juga masuk blog orang baca apa yang patut hehehehe.

Malam aku nak tengok drama ee.. tak sabar ni...jam 9.30 aku dah dok depan TV nak tunggu. Sebelum tu aku layan Ugly Betty kat channel 8 tapi aku rasa best lagi yg versi asal yg latin tu... aku suka lagi betty tu. heheheh 10.30 EE dah mula, semua dah dok depan tv ni, abg tak de so aku dgn anak2 je.. muqmin pun sama ni dok depan tv layan mama dia tengok EE hahahahaha....

Secara tak sengaja aku mengalirkan air mata bilamana si emil mengalirkan air mata semasa membaca surat dari emilda... emilda berlalu pergi tanpa mengetahui hal sebenar, masing-masing salah sangka kan.. huhuhuhu aiyoooo very de touching korang sebb apa tau... sambil baca tu berkemundang plak lagu seribu tahun sebagai background dia....huhuhuhu cedih....korang dengarlah lagu tu kat blog aku ni.... fahamilah bait-bait kata lagu ni... hurmmmm

moral of the story kengkawan semua...andai ada perkara yang nak diucapkan kepada sesiapa pun terutama berkaitan hati dan perasaan usahlah ditangguh, usah disimpan, luahkan dengan kadar segera, perkara ini tak perlu nantikan masa yang sesuai, kerna masa yang dinanti mungkin mengakibatkan luka yang lebih parah... huhuhuhu kepada adik2 yang ada menyimpan perasaan pada seseorang ucapkan, jangan simpan dalam hati no.. jangan ego sangat, kelak makan diri sendiri andai yang dipuja dikebas yang lain, andai ada kemusykilan.. leraikan usah dipendam menjadi dendam yang terindah kang jadi pahit huhuhuhu

Tuesday, June 26, 2007

En. Nazeem EE

Hari ni biasala kan monday blues orang kata... tapi aku bz juga hahahahah apa nak buat... so entry ciput je untuk hari ni ..

Sebenarnya aku memang nantikan minggu ni sebb aku tak sabar nak tengok sambungan EE esok... huhuhu cedihnya EE dan nak abis mlm esok. Mlm ni 2nd last...adoi la... mesti boringkan nanti aku tak leh tengok EE lagi...aku akan rindu dgn karaktor Emil yg ego, Emilda yg cute & blur2, EJ yg tomboy, Mac yg lembut & kelakar dan yang pasti aku akan rindukan En Nazeem .. hahahahah..

Korang tau nape aku suka En. Nazeem... sebabnyakan.. pada aku kalaulah wujud kat dunia ni orang mcm En Nazeem tu mungkin aman dunia ini and akan full of fun kan.. huhuhu.. ade ke orang macam En Nazeem dlm reall life kite ni.... Aku terpikat dgn karaktor En Nazeem yg kelakar, yg selamber, yg bijak, yg memahami, yg sensitip dengan keadaan sekeliling, yg gabra tapi cekap mengatur strategy, yg encem dan yang paling penting setia.. adakah orang seperti en nazeem tu kat dunia ni????? Aku nak jumpa la hahahahaha....


Uwaaaa esok malam last dah .. abis la aku x leh layan EE lagi .. x pe aku layan kat youtube plak...Apa-apa pun ucapan tahniah of coz la kan kat sutradara dia EN.EZAD...

Sunday, June 24, 2007

Bowling & Nasi Ayam

Last few days x de apa nak cite.. normal routine je... hehehe...

Before game dimulakan


Tapi last Sunday aku gi lawan bowling wakil company. Syiok.. memula ingat nak pukul abis, tapi x jadi la kan pasai all the players kebanyakannya dah pangkat lagi berumur dari aku. Jadinya aku plak yang dok jadi tukang ajar. Persatuan Wanita UMNO Taman Seri Indah, Balakong anjurkan bowling tournament, pestime derang buat. Aku dapat no. 2, naib johan la tu.... syiok juga main dengan derang ni, kelakar.

Gaya Seorang Bowler hehehehehe


Penerimaan Hadiah


Hadiah yg aku menangi


Aku banyak gelak je and selain daripada itu aku dapat ramai rakan baru. Kita nak mulakan bisness perkara pertama adalah menjalinkan hubungan dengan ramai orang tak gitu. Huhuhuhu sambil menyelam minum air la kan.

Petang tu aku masak nasi ayam untuk family aku. Dah lama x buat nasi ayam. Ayam tu lepas perap aku bakar je dalam oven. Habis la bibik kena cuci oven ari ni hahahahaha...

Ayam

Set Nasi ayam without salad.. salad abis da


Spiderman Mama...

Thursday, June 21, 2007

PC Baru

Hari ni best... aku dapat PC baru.... black kaler solid je.. flat screen lagi.. makcik suka makcik suka.

The whole day sibuk la mensettingkan segala mak nenek kan. Maklum isi perut x de lagi. Dah petang baru la settle.

Ade ke memula on... screen x de apa2.. heheheh salah aku la kan .. x cucuk wayar penyambung tu ketat2.. adei... biol gak aku ni...

Petang hujan selebat alam... aku dah serik balik time ujan lebat. Aku tunggu hujan reda baru nak balik. Hampir jam 7 baru la hujan reda. Aku balik la.. member aku tumpang aku hari ni.. cian dia nak kasi balik naik moto hari ujan2 kan... aku suhje dia tinggalkan motor dia kat opis,

Huhuhu....seperti biasa mlm ni acara aku tengok susuk lakunan Dynas & lepas tu layan emil emilda... aku dah addicted kat dua2 drama siri ni.. adoi la... hehehheheh

Syiok tengo... dlm susuk pun ada nama borhan... borhan jatuh hati kat cinda, sanggup korban segalanya demi cinda. dlm emil emilda.. emil tangkap cintan dgn emilda & sanggup ikrar utk tidak membiarkan emilda susah lagi.. huhuhuhu

Moral of the story....jangan benci org tu nanti jatuh cinta x leh nak buat apa.. dua2 drama siri di atas sama je kaedahnya walau jalan cerita lain heheheh

Wednesday, June 20, 2007

BZZZZZZZZZZZZZ lagi

hehehehe aku bz lagi... apa nak buat..makan gaji kan
jadi x payah a aku cite bebanyak kat korang routine keje yg banyak kan kang korang pening plak....

Tuesday, June 19, 2007

Most Hectic Day in My Life

Sesungguhnya hari ini aku rasa mcm nak pitam...Sejak pagi keje melambak sampai petang. Tak sempat nak makan tengahari ... nak minum pun tak sempat..

Dari pagi sampai petang asyik discussion je... Balik rumah aku terus lembik. Aiyoo... ngantuk sangat sebb terlampau letih. Tapi sempat gak aku bangun jam 10.30 pm untuk tengok drama Emil Emilda heheheh

Monday, June 18, 2007

SYABAS YANG X SYABAS

Hari ni aku rasa mcm nak bom syabas... nama syabas tapi x syabas mana.. syabas is not really syabas at all...

Korang tau sejak pagi air x de kat kawasan rumah aku. Kata derang Logi Langat ada problem. Tak kisahla kan semua bende pun bukan perfect. Tapi kalu service yg mcm palat tu yg nak buat aku naik angin.

Syabas dah tau since pagi x de air... tapi sampai tengahmalam tak antar air. Bila org bising2 ada la antar satu tangki kecik.. derang ingat dgn satu tangki tu leh cover the whole Bandar Mahkota Cheras. Hangin satu badan aku.. dah la x mandi mau kepala tak peningkan.

So last choice aku tipon boss aku cakap nak ambil air kat opis & nak mandi sekali. Sib baik boss benarkan. Pehtu keje angkut air sampai la jam 2 pagi. Penat siot. Abang lagi penat sebb aku ni teman je dia yg mengangkut hehehhe... cian kat cik abg aku. Vongoknye syabas...geram gila...

Air ada semula jam 8 pagi. Sib baik dah angkut air mlm kan so dapatlah anak2 aku mandi sebelum pegi sekolah. Aku pun sama la dapat gak mandi kan.

Moral of the story.....SYABAS better do something dengan service derang coz derang tu customer oriented company....

HAPPY FATHER'S DAY

Hari ini 17/6/07 adalah hari bapa sedunia...my daughters dah siapkan two cards utk abah derang...Mak dia plak masak mee hoon udang sebagai sajian makan malam. Heehehhe tapi sebelum tu tengahhari masak ayam berempah untuk lunch.

Mari lihat kad hari abah & mee hoon udang.. Sila cuci mata hahahahah

Father's Day Card from Mira




Father's Day Card from Tira


Mee Hoon Udang




HAPPY FATHER'S DAY to my luv AZRIN BIN BACHIK .. luv you dear
and to all fathers out there. Jadi la penaung untuk ahli keluarga anda kerana anda disayangi tak kira siapa anda.. kasih sayang anda amat dihargai oleh isteri dan anak-anak.

Sunday, June 17, 2007

Makan-makan di Partner's Hse & De Abdul Bowling

Hari ni dapat jemputan makan-makan di rumah datin & partner. Tapi sebelum tu as usual aku pegi la TESCO kajang membeli belah barang keperluan dapur untuk seminggu. Beli ikan, udang, ayam dan sayur-sayuran.

Balik rumah settle apa yang patut pehtu masak la untuk lunch. Aku buat jeli oren nenas utk buah tangan ke rumah datin..heheheh

Petang hujan selebat alam tapi aku terpaksa gak ke rumah datin & partner tu maklum takut derang ingat kami x dtg plak sebb dah lewat kan. Memula abg silap masuk blok hehehehe pehtu baru teringat warna blok datin terus la ubah haluan, sampai juga kat umah datin but alarm kereta aku buat hal plak ujan-ujan ni. Kalu kena petir dia akan berbunyi sendiri. Abg terpaksa tutup kereta cara manual.

Wawawawa Zue masak banyak, sedap-sedap belaka. Kekenyangan aku macam ular sawa kenyang. Zue & Datin masak laksa penang, mee goreng, telur puyuh sambal and disajikan juga air sirap laici. Sedap tau...heheheh


apa tutup mulut pp, zue sampai terlopong tengok pp cite


terlebih kenyang ke panji hehehehe
Lepas siap makan-makan kami relax la menanti CPB datang dgn driver dia. Di fahamkan driver pegi latihan bowling dulu jadi CPB lambat tiba la kan hehehe. Tak pe la. Lepas derang sampai & makan.. kami siap2 nak ke summit plak untuk acara bowling de abdul...

Walawei... ramai yg terer-terer. Ning Clix terer baju pun chantek. Aku suka tengok baju team Ning Clix..Congrate to them...


walkstar team b4 pertandingan dimulakan


walkstar team warm up hahahaha


Team FILA

Abis acara bowling keputusan diumumkan...hahahahah Walkstar team yg diwakili oleh aku, Reza, Panji & Just dpt no 15 dari 28 team yg bertanding jadi la kan huhuhuhu... maklum semua x leh perform akibat daripada sorakan yg terlampau over dari satu team tu kan. Punya la havoc sehingga mengganggu konsantrasi team lain. What to do.. suka hati derang la kan. But kalu dlm tournament yg sebenar memang la x leh bising sampai cam tu hingga ganggu org lain. Part from it penganjur pun x tetapkan fault so x kisah la memain suka-suka je. Kenal rakan baru apa salahkan

Abis game... balik ke rumah zue lagi, abg siap minta nasi. thanx zue sebb masak nasi kat abg & goreng telkur dadar untuk dia. Lepas lepak-lepak borak2 sikit kita minta diri utk pulang. Aku sampai rumah jam 3.00 ++ am. Tak tengok exactly pukul berapa. Terus aku landing huhuhu ngantuk sakan.

Sekian.... hahahhaha

Saturday, June 16, 2007

Training Bowling

Eloo semua, sihat ke??

Aku ni sihat aje...tak ade apa nak story.. saje je nak cite aku training bowling mlm ni. Abg teman aku, adoi la ramainya umat mlm ni kat mines, tak cukup lane. Sib baik la aku ni member so ada la kelebihan sikit. Tak yah la menunggu berjam utk dptkan lane.

Sesambil menunggu turn aku main, aku & abg berjalan2 kat dlm mines dan akhirnya abg dah masuk kedai jual cd. Heheheheh abg beli cd karaoke Fran & Kak Ram but he also bought CD Jeffrey Din. Wawawawa dia beli cd tu kekekeke aku gelak sorang2. Tapi bila balik pasang syiok plak dgr lagu JD. Try la beli sure best, beli yg ori tau.

Heheheeh tu je dah abis cite ...

Friday, June 15, 2007

Jam Ke Sg Long... sejarah tercipta 14/6/07.. hahahah

Saje je nak meraban...

Semalam aku puasa lagi. Heheheh syiok tau puasa rasa lapang perut. Balik umah bibik masak sambal udang walawei sedap siot. Kat Opis tak ade apa nak buat.... buat keje2 biasa je la...

Tapi aku nak cite pasal hujan petang semlm yg lebat siot. Aduh aku terpaksa redah hujan selebat alam tu nak balik umah. Jalan nak ke arah Sg Long jam teruk. Aku tak tau pasai apa. Masa yg sepatutnya diambil utk aku sampai rumah dari opis hanya 10 minit dah jadi 1 jam setengah. Tension aku .. dah la ujan lebat. Tak tau la pasai apa dia jadi cam tu.. .aku suspect banjir kilat je kat simpang depan kat trafik light tu.

Jadinya, semalam petang aku dah guna jalan short cut utk sampai rumah. Tu guna short cut, kalau x short cut, aku kena telan air liur je la utk buka pose kan. Aku ni x pernah masuk jalan short cut. Aku main redah je follow kete yang masuk kat situ. Kalu sesat, sesat la aku.. apa nak buat aku tawakal je. ALhamdulillah aku selamat sampai rumah.

Dah lama aku x mengadap jam yang seteruk macam tu. 5 tahun sudah masa aku keje kat KL ye la hari2 aku meredah banjir jam tu kan. Hujan tak hujan KL tetap jam dibanjiri segala jenis kereta & manusia. Ni dah jauh dari kesibukan KL pun aku kena redah jam yg teruk gila semalam. Nasib baik aku tak gila hahahaha...Lenguh kaki aku.. sib baik la auto, kalu manual aku rasa aku berhenti kat tepi je la rest sampai jam reda .. hehehehe.

Tu je la aku nak cite hari ni.. moral of the story.. jam tidak mengira tempat. sediakan la roti untuk disapu.. ahahahahahaha

Wednesday, June 13, 2007

Puasa Ganti

Masuk hari ni dah 3 hari aku berpuasa. Seronok plak rasanya berpuasa time org semua makan. Kenapa aku cakap macam tu? Kerana masa ni lah kita diuji lebih dasyat daripada puasa di bulan Ramdhan. Apa taknya.. masani la ko rasa semuanya sedap. Bau kopi o pun jadi sedap. walhal selama ni ko x suka pun kopi o kan. Hahahaha tu la dugaan namanya. Alhamdulillah selama 3 hari aku puasa tak de apa-apa halangan. Semuanya lancar.

Kepada kengkawan yang belum ganti pose tu eloklah korang ganti ye maklum sekarangdah nak hampir bulan tujuh. Pejam celik lebih kurang 2 bulan je lagi korang ada masa. Ramadhan tahun ni awal. 13 September dah Ramadhan. Takut nanti ada yang tak terganti kang kena ganti tahun lain dah kena bayar fidiyah plak. hehehehe Jangan la marah ye kengkawan ini peringatan untuk aku & untuk korang jugak.. Saling mengingati itu harus untuk lebih membahagiakan hidup.

Semalam aku masak kari ikan cicah roti untuk buka puasa. Ya Rabbi sedapnya.. lama x makan roti paun cicah kari ikan. Berselera aku makan.

Hari ni aku pepagi dah masak sup campur2 untuk makan buka nanti. Dah pesan dengan bibik untuk panaskan sup petang nanti & celurkan bihun dan buat sambal kicap. Ni bukan kuah soto tapi sup yang aku campur memacam mende kat dalam dia hahahah.. Aku panggil tu sup bodo sebb x tau nama apa sup tu.

Pagi pagi tadi sebelum datang keje aku masak agar-agar. Dan pesan kat bibik bila dah keras masukkan kat dalam peti ais. Mesti sedapkan makan agar-agar yg sejuk. Hurm dah lama aku x makan agar-agar. Teringin sangat... tu la kan orang kata tekak orang berpuasa macam-macam. Semua bende nak makan. Tapi nafsu aku terkawal lagi la. Idakla nak masak bermacam bende sampai x termakan nanti.

Tu je la nak cite hari ni. Tak de apa sangat pun. Cuma aku nak disiplinkan diri aku agar menghupdate tiap2 hari blog ni supaya x sunyi. Kalau orang lain x baca tak pe sekurang-kurangnya aku leh baca balik sendiri apa yang aku buat pada setiap hari. Hahahahahaha...

So enjoy reading coz aku enjoy writing...

Tuesday, June 12, 2007

Tanah Runtuh di Jalan Duta

3/6/07

hehehe aku pi semula rumah akak aku kat selayang sebb dah janji nak hantar mak & sedara mara aku yg lain ke stesen KL Sentral maklum depa nak naik keretapi balik kg. Depa ambik package yg murah tu kan offer sempena Besday Agung on 2/6/07 tu.

Ya rabbi jam teruk. Anak buah aku yg keje kat KL sentral inform suh datang cepat tkut stuck dalam jam. Rupa2nya kat Jalan Duta tanah runtuh & ada pokok besar hempap 2 buah kereta. Yang sebuah x tau keje jenis apa, tapi yang satu tu kete baru Honda Civic kaler merah korang tau. Aduh kesianya kat derang. Pehtu ada bus express berhenti betul2 kat belakang kedua buah kereta tu. Kalau bas tu x sempat berek macam mana. Mesti berlaku kemalangan ngeri kan. Pehtu belakang bas tu ada kereta kalau x silap aku jenis lexus terus mengiring ke arah divider. Korang bayangkan kalu lexus tu x sempat ngelak mesti dah langgar bas & bas pulak langgar kereta yang bawah pokok terhempap tu. Pehtu masa dia mengadap divider kalu dia x sempat berek juga lexus tu mungkin masuk laluan bertentangan (laluan aku la ni) mesti kemalangan maut akan terjadi.

Alhamdulillah x de yg maut. Cuma jam je la. Tapi aku x ambik pic terlupa hahahah maklum baru belajar untuk memblog & aku bukan wartawan pro hahahaha.

Untuk pengetahuan semua hari ini 3/6/07 merupakan hari ulang tahun anak bujang aku. Dah besar anak mama.. dah 3 tahun pun heheheheh

pic ni di ambik pada pagi 3/6/07 masa dia bangun tidur minum susu hehehehe

HAPPY BESDAY ANAK MAMA.. MOGA MEMBESAR DGN SIHAT DAN MENJADI INSAN YANG BERGUNA

Sambung Cite Kawin 3

2/6/07
Hari besar atau hari langsung majlis persandingan Miza. Sejak pagi aku dah bz gila siapkan icing kek dia. Nak nangis aku pagi tu tetiba icing x jadi. Lembik x tau pasal apa, sukatan semua sama. Untuk tidak membazir aku campurkan whipping creame kat dalam dia pergh sedap wa cakap lu.. jadi la resipi icing baru untuk aku hahahah.. Syukur dugaan tu. Dah siap 2 biji kek yang telah siap disalut & dihiasi dgn icing aku pun gerak la ke rumah kakak aku di Selayang sana tu. Orang dah ramai. Kecil besar tua muda semua ada. Memasing dengan tugas memasing.

Aku terus gegas ke atas rumah akak aku, nak bantu iwan siapkan lauk pengantin. Pergh iwan cergas dia dah siapkan bunga hiasan untuk lauk pauk. Aku lupa bawa pisau decoration, iwan pun dah pesan mak dia tapi mak dia pun lupa bawa. Jadinya pisau yang ada kami guna untuk buat hiasang pada buah2an semua tu. Heheheeh nasib baik. Dalam dok sibuk2 tu aku lupa ayam golek. Boleh gitu. Kalut masak ayam tu. Salut dgn ingredient dia semua masuk microvave pergh senang gila buat ayam golek sekarang x macam dulu kena panggang kat bara api hahaha. Nasib baik.

Sementara tunggu ayam masak, apa lagi settlekan hantaran aku. Si miza ni buah dia simpan dalam peti ais. Aduh susah aku nak salut minyak kasi kilat. Lepas salut je jadi lebam bukan berkilat. Apa lagi aku basuh la buah2an semua yg untuk bakul buah tu. Pehtu baru la salut dgn minyak.. Lawa pun bakul buah aku. Dah siap orang kat bawha tipon pesan suh siapkan bunga rampai & beras kunyit serta tepung tawar utk sambut pengantin. Alhamdulillah sempat buat. Aku pun heran nape la aku plak yang kena hahahaha.

p

Pehtu mula pulak susun semua hantaran atas dulang. kena kira ni ni takut x cukup malu dgn orang. Mana tau kot2 silap kira leh lari pi kedai beli apa yg patut lagi kan. Nasib baik semua lengkap. huhuhuhu. Jam 12 tgh hari aku belum siap lagi begitu juga iwan. Memasing masih pakai baju tukang masak hahahaha. Aduh tengok orang semua dah lawa. Kalut ni.. bila jam 12.15 announce pengantin lelaki dah sampai & ready utk berarak, apa lagi aku dgn iwan mcm lipas kudung berebut bilik air tukar baju kan. Hahahaha kelakar aku mandi lap2 badan je tapi x pe sebb aku dah mandi masa subuh kat rumah aku. Maklum paip air kat umah akak aku hilang, malaun tu aku rasa nak sumpah dia jadi sesumpah la.. sebb dia dah susahkan semua orang.


Dah ready aku & iwan turun dgn pengantin, pengantin pergi berarak aku & iwan pegi check pelamin takut ada yg senget ke idak kan sambil2 betulkan kedudukan hantaran semua depan pelamin. Alhamdulillah semua ok tapi x ok bila aku kena panggil sambut pengantin renjis air mawar & tabur beras kunyit... aku mana tau ni... aduh apa nak buat. Langsung aku bawa je dulang beras kunyit & bungan rampai aku baca la selawat 3 kali percik2 la kat pengantin & rombongan pihak lelaki. Hentam saja la labu. Macam mak andam je aku ni sudahnya. Selesai sambut pengantin mesti la majlis sanding kan. Heheheh kecoh .. ramai berebut nak ambik pic pengantin. hahahah ko mcm artis, mak andam bidan terjun ni pun sibuk gak dok susun orang berinai la plak. hahahahah. Untuk pengetahuan semua hanya aku dan iwan belum menjamah sedikit pun makanan sejak bangun pagi. Masa ni tak lapar pun, maklum makcik bz heheheh.


Sessi Merenjis



Dah siap sanding pengantin pi melawat tukang masak, tukang basuh pinggan semua la kena pi melawat say tq gitu. Pehtu kena tukar baju acara potong kek. Hehehehe kek ni pun aku gak yang buat. Bangga nya aku.. suka gila bila orang uji lawa.. aduh perasan kan aku ni..walhal ada orang lagi pandai dari aku. Tapi tak pe...i had done my best to make everybody happy...



Lepas potong kek besa la kan, pengantin kena la tukar baju basahan. Apa lagi tetamu dah pulangkan. periuk kawah kuali menanti untuk dibasuh. Syiok juga buat kenduri macam ni. Macam kat kampung pulak rasanya. Semua orang bergotong royong. Masa ni la hujan lebat turun. Masa ni juga kite orang turunkan pelamin n masa ni juga derang main simbah2 air kat tempat basuh pinggan. Tak sempat nak snap pic. Kalu tak leh aku tunjuk kemeriahannya. Macam pesta songkran kat siam tu hahahaha.

Selesai semua jam 5.30 petang baru la aku & iwan pi makan. Punya la lapar masa ni, ambik segala jenis lauk yg ada & nasi sepenuh pinggan. Lapar la katakan. pehtu hahahah apa jadi makan lauk je nasi semua berhijrah kat perdu pisang. Moral of the story .. masa penat jamah je la apa yg patut jangan ikut nafsu tekak kelak anda akan membazir heheheh.

Malam tu plak derang ada upacara membuka hadiah & lepas semua dah selesai upacara mengira duit yang orang beri masa kenduri tadi. Banyak siot akak aku dapat. Rezeki dia. Alhamdulillah majlis selesai dgn jayanya walau ada la silap sana sini. Apa nak buat dlm ramai2 tu mesti ada sorang yg sakit jiwa kan. Lantak dia la.. malas aku nak cite mende yang sakit hati tu kan. Neway aku tau cite pun lepas akak aku datang umah and cite kat aku on 6/6 hari tu. Hurm apa nak buat... semua dah jadi .. andai masa bila diputar kembali kan ke best senang leh buat prevention x payah kasi pompuan gila tu datang. hahahaha

Sambungan Cite Kahwin .. kekekekek

Seperti aku cakap dlm posting yg lepas, anak buah aku si Miza kahwin on 2/6/07. Aku dah start bz sejak 30/5/07. Hari 1/6/07 hari nikah dia. Kalu siot. Pestime kan orang bagi tanggungjawab berat. Masa 30/5/07 aku tidur kat dewan je tempat majlis akan dilangsungkan tu. Sakit kepala aku, bebudak x mo tidur derang main pingpong. Aduh mata x leh lelap. Dah la kena tidur atas comforter je. Sakit belakang semua pun kena hahahah tu la kan selama ni tidur atas tilam empuk. Sesekali kena tidur atas comforter terasa la keinsafan melanda bila kenang2 kan macam ni la agaknya mangsa banjir tidur kan kat dewan bila diserang banjir atau bencana yang lain. Syukur la aku masih lagi tidur di tilam empuk setiap malam tanpa sebarang bencana.

Berbalik pada cerita aku tadi, jam 5.30 a.m on 1/5/07 tu aku kena pi stesen bas putra untuk ambik my partner in crime (anak buah aku si Iwan). Dia belajar kat UITM Dungun. Aku dan dia lah yang telah diberikan mandat oleh tuan rumah yakni akak aku untuk sediakan pelamin dan lauk pengantin. Pendek kata yang berkaitan dgn pengantin kami dua kena uruskan. Lepas jemput Iwan kat putra, kami terus balik ke rumah aku Di Bandar Mahkota Cheras nun. Pergh derang semua sambung tidur aku plak yang kena buat kek & sirih junjung. Aku kena buat kek la pasal 2/6 nak kena bawa pegi rumah pengantin.

Masa sibuk2 buat sirih junjung tu akak aku kalut la talifon takut kami lambat sampai. "Wei cepat la datang, satgi orang lain yg pegang pelamin tu abis la". Maksud dia kalu orang lain dia takut budget lari. Maklum akak aku ni bukan la orang kaya sangat tapi tak la miskin. Dah tu ni kenduri kahwin pertama untuk anak sulung dia Miza.

Maid aku yang dah siap nak buat cekodok pun aku kata x pe la, tak payah buat siap2 kita ke Selayang sekarang. Tak makan la bekfast aku pagi tu. Sampai kat Selayang jadi hal, paip rumah akak aku kena cilok. Banyak rumah juga la yang kena. Huh! menyusahkan hidup orang betul malaun yang cilok batang paip. Jadi moral of the story, korang rajin2 la check paip air kat rumah korang, mana tau, tetiba air tak de hahahahah. Dah semua kelam kabut air tak de. Harapkan dewan yang disewakan tu je. X pe la... aku & iwan memulakan operasi kami la nak buat pelamin. Alhamdulillah kami berjaya siapkan pada petang itu. Itu pun selepas aku kuyup dibasahi hujan lebat yang melanda. Cian kat aku. Anak buah punya pasal x pe makcik sanggup kuyup. Siap pelamin aku & iwan pegi lagi pasaraya cari bunga untuk meja pengantin lagi. Orang kat pasaraya tu semua tengok semacam je.. pagi tadi orang dua ni dah datang beli bunga ni datang lagi beli bunga.. Tapi aku rasa mesti derang hairan kot tengok aku dgn suar senseng ke lutut & baju pun bau asam kan hehehehe tapi idak la bau tengit sangat.


hasil kerja tangan aku dan iwan hahahah

Bila balik dari pasaraya tengok orang dah ramai bawah khemah dok ambik pic pelamin. Pergh bangga la aku. Pestime tu aku buat pelamin. Bila orang puji terasa la penat lelah semua hilang. Seronok plakkan. Jangan salah sangka, derang puji masa dok belek2 pelamin tu tapi derang x tau sapa yang buat pelamin heheheh. So aku & iwan bangga sendiri la kan. Tak sangka hasil kerja kami diiktiraf hahahahah.

Dah beres segala, pengantin berarak datang dari masjid lepas akad nikah. Korang bayangkan dari pagi sampai lepas isyak ni aku lum tukar baju. Mandi pun lepas subuh je. Pehtu x jumpa air dah. Lunch pun kul 3 ptg. Huh penat siot. Ni baru anak buah kawin, kalau anak aku yang kawin mcm mana la sibuk aku x leh bayangkan.

Lepas jamuan makan untuk tetamu yang hadir malam berinai pun bermula. Tukar2 baju pengantin la apa lagi. NI la acara yang orang tunggu-tunggu. Tapi bercakap pasal majlis berinai ni. Aku tak sangka plak majlis jadi macam hari langsung kenduri yang sebenar. Ramainya tetamu. Aduh makanan tak cukup. Tukang masak pun dah kecut perut tengok tetamu datang x putus2. Pergh ni majlis berinai ke majlis kenduri besar. Adei la penat kalut semua cukup. Tapi tak pe sebb tukang masak pro kan sekejapan nasi lauk semua siap di tambah. Meja makan dari 2 khemah dah siap di susun untuk 5 khemah, mcm agenda untuk hari langsung esok hahahaha tapi meriah. Aku rasa sebb kakak aku ni baik dgn jiran tetangga dia maka ramai la yang datang raikan anak dia. Tu la orang tua2 pesan, buat baik dengan semua orang, buat jahat jangan sekalikan. Seronok aku tengok orang ramai datang, tak rasa lapar langsung. BIla dah habis majlis berinai orang pun balik baru la terasa penat & perut pun lapar.


punjabi girl


miss india hahahaha... rege seledang je RM2K .. special made dari India, kawan dia punya.. untung nya badan leh pakai baju riban2


miss Jepun kui kui kui

banyak lagi baju tukar2, yang disewa & yang diberi pinjam oleh kengkawan dia. adoi la penat tengok dia asyik tukar baju.

Semua orang dah pulang untuk malam tu baru la kami jamah nasi putih panas berkuah curry nenas ikan masin, ulam-ulaman, sambal belacan dan ikan sardin goreng. Terasa enaknya makan walau dah tengah malam hahahaha.

Ok dah penat menaip..nanti aku relax aku sambung lagi...

Monday, June 11, 2007

KELETIHAN MELANDA hahahahha

Banyak mende nak cite banyak bende berlaku, tapi kesibukan melanda x de masa nak story mory morning glory

Kite mulakan dgn peristiwa sejak Khamis lepas 30/5/07. Very hectic... penat siot tapi puas hati dgn hasil2 yg dibuat. I'm very proud of myself (pergh puji diri sendiri. Nak cite pun penat lagi, tenet pun buat je asyik on off so kite nak story bergambar hahahah ni percubaan pertama nak tempek gambar. Tq kat my best buddy .. tq very much sayang awak sebb ajar aku buat semua ni hehehehe... i owed you..

Sebenarnya anak buah aku kawin on 2/6/07 jadi aku ni bizi la kan, dari hantaran ke meja pengantin ke pelamin ke lauk pengantin pendek kata segalanya. Jari jemari aku pun berinai sebb aku kena inaikan pengantin .. wah kelas makcik jadi mak andam bidan terjun kekekekekek.


















sebenarnya banyak lagi nak tayang kat korang, tapi tenet lembab.. infact aku baru belajar kan, jadi layan yang ni dulu la...nanti aku free aku tempek pic pengantin
nantikan sambungan