Friday, September 14, 2007

Update Previous XTVT heheehheh

Aku bukan dah lupa blog aku.. tak lupa masih ingat .. masih rindu tapi kesibukan yang melanda membuatkan aku tak tercapai akal aku nak curi2 masa nak tulis kat blog yg x seindah mana ni....

30 Ogos ..

Lunch hari ni aku ke Jusco lagi dgn kengkawan aku .. apa lagi makan la kan.. Pastu As suh aku tunjuk kedai yg aku beli handbad.. dia kata dia nak beli juga handbag kat kedai tu. Heheheheh murah gila.. aku beli dua beg RM79 je .. muahahahah....

Malam plak, penduduk tempat tinggal mak mertua aku buat majlis tahlil sambut merdeka jadi aku dah bercadang nak ke sana...jadi aku dah bercadang nak hadirkan diri aku ke sana.. kemerdekaan yg dikecapi haruslah disyukuri ... aku rasa majlis seperti ini elok untuk dibuat oleh semua pihak.... bagus kan... disamping kite meraikan pejuang2 kemerdekaan dgn bermacam-macam sambutan...majlis seumpa ini juga dpt mengeratkan silaturrahim antara sesama kite.. hendaknya penduduk setempat.

Selain daripada itu tahlil juga bagus untuk mereka2 sedara2 seagama yang telah "pergi" terlebih dahulu dari kita. Kita ni tak tau bila akan "dijemput" ke sanakan.

Kehadiran amat memberangsangkan... walau x ramai golongan remaja tapi golongan muda tetap ramai... aku suka dgn sambutan ini. Menunjukkan bukan semua anak muda x pandai hargai "kenikmatan" yg kita ada sekarang.



1 September aku pegi berjalan2 kat Jalan Tuanku Abdul Rahman... hahahha shopping serba sikit apa yg patut. Masa aku sampai dah nak masuk maghrib.. jadinya aku singgah solat maghrib kat masjid india... orang punya la ramai... hurm...que juga nak ambik air sembahyang tu. Pehtu jenjalan x lama sebb hari nak ujan... cepat2 aku balik x mo aku kena basah ujan.

Masa balik abg saje lalu depan pudu raya.. syiok tengok lampu warna warni... mcm2 gaya derang pasang kat pokok & bangunan dan ada gak yg di rentang . Indah Kuala LUmpur waktu malam.




2 September aku kena ambik tira dari umah kawan dia. Maklum aku tumpangkan dia kat situ untuk dia belajar sebelum UPSR kan. So bila dah tumpangkan kat umah org kena la sediakan buah tangan sikit untuk mak kawan dia tu. Cadang nak buatkan kek lapis tapi x jadi sebb masa tak cukup. Aku pun beli je la buah kat gerai buah untuk diberikan pada mak Farhana... heheheh.. ok la akak kan.. nanti raya kita kasi kek lapis special untuk akak ye... muahahah.


Hari-hari berikutnya teramatlah bz nye.... dgn keje opis dan juga hal ehwal rumah tangga kan. Maklum dah ada keluarga dah jadi ibu tu la bz nye... macam2 bende nak pikir nak buat untuk kebaikan semua pihak.

Rabu ada surprise besday untuk akak aku .. Kak Som... hehehhe... ni semua idea si Minah.. nak surprise kan mama dia ... muahahha.. Minah tu master plan aku ni diarahkan buatkan kek je. So selasa malam aku buatlah kek untuk akak aku.. special ko. Mocha Kek with almond muahahhaha.

Petang rabu balik keje aku terus buat icing untuk salut kat kek tu sebelum di bawa ke rumah akak aku kat KL. Tapi aku x cukup nozzel untuk cantikkan icing dia. Tak pe la,.... janji rasa sedap... minah kata x pe...yg penting rasa... esok2 dah banyak duit beli berdozen2 nozel dia kata hahahha.. tapi itu memang perancangan aku pun... nak ke kelas buat bunga icing plak nanti... hehehhe icing dah reti buat.. bunga2 icing x berapa cantik lagi la.. nozel x cukup plus x de cikgu kan. So aku ingat memang nak ke kelas buat bunga icing .. doakan moga aku berjaya mencuri masa utk menghadiri kelas itu hehehhe.

Best Kak Som terkejut gilos... Anip dah tipu mama dia bawa keliling KL konon2 nak shopping sebb dia nak kami sampai dulu kat bawah apartment mak dia.. sebb dah cadang nak surprisekan Kak Som kat parking apartment je.

Bila kami dah ready... minah tipon anip ckp .. semua dah ok... anip pun bawa akak aku balik.... muahahaha.. memula dia ingat cina sembahyang ... sebab kami dah letak lilin kat atas kek tu... bila dah dekat pun dia x pasan sangat... hahah sebb cermin kete dia gelap.. bila dah kuar kete terkejut dia plus terharu... Kami ramai2 nyanyikan lagu Allah Selamatkan Kamu.. pehtu baca doa & potong kek & makan.. Simple je surprise ... Kak Syah bawa Bihun Goreng , jajan & buah duku... minah sediakan air & paper cup ...aku bawa kek tu je la...




Best part bila derang kata kek aku sedap... sampai tak cukup huhuhuhu.....i'm very proud of myself... aku akabn berusaha lagi untuk sedapkan kek aku hehehhe.. kek tu resipi aku sendiri..Syukur Ya Allah ko berikan aku kelebihan ini.

6 Ogos aku bawa bibik aku ke Kajang.. dia sibuk nak beli kan tipon kamera kat cucu dia kat indon sana. Ya ampun.... cucu umur lima tahun dibelikan h/p kamera.. kalu aku x kose.. banyak lagi leh buat dgn duit sebanyak tu. Lepas jenjalan kat kajang kami balik la.

7 Ogos aku buatkan kek lapis NIY .. dia dah pesan suh antar umah kakak dia on 8 Ogos... hua hua hua .. So on 8th August aku gi antar kek Niy kat umah kakak dia...besarnya umah kakak dia, baik hati, ramah apa lagi ek.. tu la first impression yg aku leh gambarkan perjumpaan aku dgn akak NIY yg tak sampai 5 minit kan. Jadinya.. aku juga bayangkan NIY seperti kakak dia... aku lum pernah jumpa NIY...

Mlm 8 Ogos tu mak mertua aku buat majlis tahlil sambut puasa... huhuhu bz nye ... Sebab aku lewat aku kena goreng ayam... muahahha... goreng ayam pun goreng ayam la... janji sedap muahahhah... Majlis bermula lepas isyak... ingat x ramai tetamu sekali ramai la juga yg dtg.

Lepas tu aku pegi main badminton.. sempat lagi tu curi masa hahahaha.. maklum last day aku main badminton sebelum puasa kan.. nanti dah puasa aku x leh main lagi... banyak xtvt lain aku nak buat dlm bln pose hehehhe. Kelakar la plak... aku x tau zura nak follow aku main badminton... aku ingat dia dah gi dulu sebb masa aku makan dia kata nak pegi.. so aku ingat di gi dulu.. aku lepas makan terus tukar baju & gi main badminton... pinggan mangkuk kenduri x yah cuci sebb anak buah aku ramai pehtu derang siap bawa geng kan cuci pinggan .. aku x yah la cuci... hahhahaha

Lepas main badminton balik umah MIL aku & solat isyak.. pehtu baru balik umah aku. Letih gilos... Letak pala terus lelap. Esok nye Sunday tu pepagi lagi dah kena bangun.. aku terbangun jam 6.45 sempat la solat subuh.. walau dah nak jadi subuh gajah kata org kan.

Kemas rumah apa yg patut pehtu siap2 untuk ke rumah nuar plak. Hari ni Nuar buat cukur jambul baby dia yg baru lepas pantang tu. Dulu aku ada letak pic baby baru tu. Dah cerah sikit kulit baby tu tapi aku lupa charge kamera so x de la pic baru baby tu. X pe la kan.

10 Ogos aku cuti bawa aza ke putrajaya buat IC dia yg hilang... hahahhah adoi la sib baik x kena charge Rm100 sebb Pejabat pendaftaran kata kalu hilang bulan sepuluh untuk kali pertama derang charge Rm100 .. so korang nani jaga la ic elok2 ye... klu tidak buta2 je kena bayar Rm100 kat pejabat pendaftaran negara.

This whole week aku bz gilos... sbb opis nak buat majlis buka pose on 18/9... hurm... keje tetap kena buatkan kan.... x keje kang x de gaji plak hahahaha...


Ok tu je la buat masa ni .. ada masa ada ketika aku hupdate lagi...

asslamualaikum buat masa sekarang.

Thursday, September 13, 2007

SALAM RAMADHAN




Seribu senyuman
belum tentu menawan hati

satu jelingan sudah cukup
menimbulkan rasa benci
membina mengambil masa
meruntuh sekelip masa





Selamat Menyambut



Ramadhan
.
Maaf Zahir dan Batin

Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina



Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perkenalan kita selama ini.



Sekian, terima kasih

Monday, September 3, 2007

Blog Yg Bersawang

Hehehehe..... apa khabar semua kengkawan

Terima kasih kerana masih sudi menjengah ke teratak buruk aku ni hahaha.... bukan x de apa nak cite.. banyak mende nak cite tapi maklum ada mende x leh cite.

Ya memang ni blog aku suka hati aku nak tulis apa kan .. tetapi blog ini open tu public so ada sesetengah perkara yg lebih baik & afdal aku hanya tulis di atas diari aku di rumah. Kenkadang klu terlampau berkias akan membuat org salah tafsir maka lebih elok jika tidak berkias hehehehe.. apa aku meraban ni

Sebenarnya last few weeks memang aku bz .. bz dgn segalam macam mende.. keje pejabat keje rumah dan keje2 yg aku sengaja cari keje (apa aku meraban ni? hahahha)

Sibuk buat sample cookies... member nak rasa, sibuk buat tempahan kek org... alhamdulillah ada la sedikit rezeki tuhan nak bagi kat aku and keluarga aku... hehehe.. suka aku buat semua ni sebb mcm satu kepuasan menjelman di hati bila org kata sedap, bila tengok org makan dgn penuh selera... hahahhaha.. tu la aku rasa kepuasan yg dialami leh setiap tukang masak apabila makanan yg dimasak habis di makan.

Last week aku jumpa one of my forumer frenz... hehehehhe nice.. aku suka borak2 ngan dia mcm dah kenal lama rasanya.

Paling aku kelakar bila dia inform pasal komen asben dia kat aku... air muka cengih.. maksudnya air muka garang la.. mcm sombong tapi asben dia kata... bila senyum very sweet & memikat... wawawawa makcik rasa mcm ketat plak kain baju kurung hari tu muahahahha....

Last Thursday aku jumpa qeela yg dah berbulan aku x jumpa.. rindunya kat dia.. dia dtg opis aku dgn kete kuning dia.. kenmain makcik tu...Qeela dtg jumpa aku ambik kek buah. Qeela.. kalu ko baca blog aku sila la inform apa rasa kek tu.. menepati citarasa ko ke idak.. hehehe sebarang komen membina dialu alukan.

Last Friday, saturday & sunday aku memang penat gilos dgn segala mcm xtvt.

Mlm tadi aku buat sambal kerang & sambal bilis sebb aku nak buat nasi lemak pagi ni. Taraaaa aku dah buat nasi lemak .. hahahaahh lama aku x masak nasi lemak...abg pun bawa bekal pagi ni.. tira pun aku bekalkan nasi lemak pagi ni...

Hari ni hari pertama UPSR... kepada kengkawang semua sudilah kiranya mendoakan anak aku semoga dia berjaya menghadapi ujian ini... heheheheh

Akhir kalam... sesapa nak order cookies or kek sila la call aku or pm aku hahhaha