Tuesday, November 25, 2008

Muffin

Salam kengkawan..

Hari ni kite nak cite pasal muffin.... hahahha kite dah buat buisness baru.. jual muffin.. kite ada macam2 muffin... cup cake pun ada tapi nanti la kite tayang pic cup cake kite.

sekarang kite nak tayang muffin dulu.... old time favourite. Kite dah test pasaran di rumah dan juga di office... ramai yang suka...so let take a look at my muffin...red muffin from red kitchen... hahahhaha





Sunday, November 23, 2008

Cuti Sekolah dan Orang Kahwin

kenduri kahwin = cuti sekolah

Cuti sekolah = kenduri kahwin

so cuti sekolah & kenduri kahwin x bleh dipisahkan hahahhaha

Awal cuti sekolah aku balik kampong. Biasalah… anak aku kan sorang ada kat kampong .. so kena la balik ambil dia kat kampong. Kebetulan ada kenduri kahwin kat rumah Pak Su Yop … cucu dia Suraya yang kawin. Cantik pengantin.. cun melecun…. Makanan kat kenduri terima menantu ni memang la marbeles you. Sedap gilos, aku suka sangat.. ye la ka nada ulam daun yang tak pernah aku makan selain dari gulai kawah daging lembu yang baru dikorbankan heheheh…. Anak sulung Che’ Su ni kawin tu yang mak dia potong lembu sekor. Meriah la kendurinya…. Seronok makan tengahari ditiup angin bendang sepoi-sepoi bahasa tu. Sesambil tu nikmati suasana kampong. Seronok tengok orang kampong masih lagi amalkan tradisi bergotong royong memasak untuk kenduri.


suraya .. lawa tak pengantin ni hehehhe





hiasan bilik pengantin ni semua direka oleh mak pengantin.. cantik kan..

Hari kedua di kampong aku ke kenduri kawin si Pon… nama dia saiful kami je panggil dia pon. Hensem juga mamat ni ye. Aku ada gambar candid dia masa dok pegang payung.



Hahahah kelakar siot.. pengantin pegang payung sendiri.




ala-ala zaman dolu-dolu


Aku tak de masa nak cerita panjang-panjang kat korang jadi aku tempek picture je la ye.

Kat bawah ni semua picture lauk pengantin yang disediakan khas oleh ‘chef izwan’ . Cantik kan .. bijak anak buah aku ni mengubah lauk pengantin. Aku sampai lambat jadi dia kena buat semua sendiri la. Bukan tak mahu tolong ko Iwan.. maklum makcik ko ni ada hal lain hahahha. Actually bukan hal apa pun tapi kelewatan disebabkan oleh che abe aku la nak kena repair paip bocor kat rumah mak aku tu. Maklum menantu contoh la katakan muahhahahhah.





last but not least... pengapit aka tukang buat lauk pengantin dgn pengantin hahahha



Ok tu je .. lain kali aku cite lagi… sayonara.

Saturday, November 22, 2008

Kuih Tart

Hello semua…. Korang apa khabar.. sorry aku sibuk sangat x sempat nak join korang berborak bergossip dan membuat ketupat. Tak ada apa nak cerita la geng tapi aku nak bawa cerita bulan lepas kat korang.

Hahahaha aku melawat abang aku akt Pilah and bawakan dia kuih tart. Kesian abang aku.. raya lepas dia kata dia beli tart dari orang lain and the tart is so keras huhuhu. So dia kata dia dapat juga akhirnya makan kuih tart yang lembut dan sedap.

Mesti la sedapkan sebab tengok la sapa tukang masaknye muahahhaha.. masuk lift tekan sendiri.

Cantik tak kuih tart kite hehehhehe ….




Wednesday, November 5, 2008

Dunia Baru 6

Today my 1st day buat tour kat plaza… wallaaaa.. heheheh syiok juga seronokkan dapat pengalaman baru ni. Enter each of the booth…get to know new people.

What an amazing experience… soon I’ll ask my boss to place me at the plaza for few weeks. But I had to wait until tomorrow. After tomorrow I’ll ask him… You guys want to know why?.. Coz I just want to get to know better about my subordinates and at the same time to know better about the scopes of works….

Waaaaaaaa.. lot of new things to learn… Allah help me please.. Amin

Tuesday, November 4, 2008

Dunia Baru 5

Hahahahhaha sonoknya hari ini, aku keluar ikut derang buat keje-keje operasi walau x menyeluruh tapi aku excited sungguh.. maklum aku kan x pernah buat keje-keje macam ni.

Angkat kerusi pun aku rela hahahhahaha. Gilakan aku ni. Tak kesah lah janji aku kena tanamkan rasa minat & cinta aku terhadap kerja baru ini. Aku Insyaallah akan buat yang terbaik. Chaiyok! Chaiyok.

Hahahahha… makcik bizi.. x sempat nak berforum . Pada kengkawan yang nak tau perkembangan terkini diri ku ini, rajin-rajinlah jenguk blog aku ni. Heheheheh jangan marah ye… nampaknya aku akan selalu la update blog supaya rakan-rakan tak rasa aku ni menyombongkan diri muahahahha.

Ok chow for now… sayonara

Monday, November 3, 2008

Dunia Baru 4

Hari ini bermulanya hari baru di dalam hidup aku. Aku akan berpindah ke tingkat atas dengan position yang baru. Tak de lagi duduk dalam akuarium. Tak de lagi duduk sorang-sorang. Tak de lagi privacy. Hurm… aku tak kesah pun… selagi nafas ini masih bernyawa maka selagi itulah kite kena bersedia dengan setiap perubahan yang bakal berlaku di dalam hidup kita.

Hidup perlu diteruskan no matter what will happen sehinggalah Izrail datang menjemput kite ke Sana.

Pagi ni macam biasalah apabila berlakuk pertukaran maka mengusungla kerusi meja apa yang patut. Terima kasih kepada adik-adik general workers yang membantu aku mengangkat apa yang patut. Baik hati mereka… hanya Allah yang dapat balas budi mereka. Bukan senang nak angkat meja segala. Bukannya ringan. Tak lalu teman nak ngangkat sorang-sorang. Hahahhahahaha

Rasa janggal, rasa terasing, rasa kekok .. pendak kata semua rasa ada kat dalam hati dan perasaan aku ketika ini. Adatlah kan bila seseorang yang baru hadir ke tempat orang lain. Mesti rasa caca marba kat dalam jiwa raga.

Namun begitu Alhamdulillah mereka menerima aku walau ada yang aku Nampak seperti pandang sinis je. Makcik tak kisah… I’ll survive muahahhaha…

Petang hari ada mamat sorang ni,, aku tau niat hati dia baik, nak back-up aku tapi cara dia bercakap & setiap patah perkataan yang keluar dari mulut dia macam menghiris hati aku … membuatkan aku rasa terpencil, membuatkan aku rasa terbuang dan terasing.

Ya Allah ko tetapkanlah hati hambamu ini.

Nora.. think positively… no looking back.. go forward… grab what you want.

Sunday, November 2, 2008

Dunia Baru 3

Today aku datang kerja.. untuk persiapkan atau kemaskan apa yang patut. Aku datang sebelah petang. Buat la apa yang patut. Abang yang hantar aku ke opis sebb abang nak ke port klang nak tukar tayar & rim kereta. Hahahahah tukar lagi… adoila che abe den ni… suka benar tukar rim kereta.

Makcik tak kesah sebab makcik yang akan guna… tukar la.. tukar sepuluh kali pun makcik rela sebb yang guna kereta banyak sangat makcik la muahahha.


Lewat petang baru abang datang jemput. Malam tu aku penat gilos.. ye la penat mengemas.. pehtu tension tak tau macam mana penerimaan orang kat floor atas akan kedatangan aku.