Friday, October 31, 2008

Dunia Baru 2

Hurm… apa nak kata ye… rasa sedih, rasa terharu rasa macam kena buang pun ada bila bos aku panggil aku dan bercerita tentang pertukaran aku. The way he talk mcm dia tak tahu apa-apa. Tapi jauh di sudut hati aku terasa seperti dia tahu. Apakah???????????

Hari ni dia buatkan aku menitikan air mata lagi…. Kawan yang akan gantikan aku tu kata.. bos ni masa interview dan kasi dia nangis sekarang nak pisahpun kasi dia nangis… Muahahahha kenangan 5 tahun lalu menjengah kotak fikiran aku.

Terasa mcm baru semalam berlaku. I met my friend kat satu tempat interview di Shah Alam. Aku ni bila pergi interview tak pernahnya nak bercakap dengan pesaing aku. Cukup sekadar dengan senyuman. Coz aku ni bukan sombong tapi takut gabra andai bila berborak dengan pesaing dan aku dapati pesaing aku lagi hebat dari aku maka dengan secara tak langsung keyakinan diri aku akan merudum. Justeru itu aku lebih suka tersenyum memandang pesaing aku dari berbual-bual kosong.

Member aku ni tergur aku memula tu… aku pun berbual dengan dia.. entah macam mana boleh termesra plak dengan dia. Dia tanya tempat tinggal aku di mana… aku pun cerita la dengan dia. Tetiba dia kata kat tempat kerja dia ada kerja kosong. Kalau aku berminat dia suruh aku hantar resume… Aku pun memang la nak sangatkan kerja dekat dengan rumah…. So apa lagi.. aku turn down offer yang dekat shah alam & hantar resume kat tempat kerja member aku yang telah menjadi tempat kerja aku selama 5 tahun ini.

Hurm…. Sakit hati masa interview tuhan sahaja yang tahu. Korang bayangkan masa interview kena buat rumusan graf, kena buat analisis lebuhraya di Malaysia. Kenapa lebuhraya bengkang bengkok terutama di kawasan berbukit dan kenapa tak boleh lurus. Kenapa ada patung polis tapi polis tak ada kat pondok polis sepanjang lebuhraya.

Mak aku nak nangis… apa jenis interview ni. Actuallay masa memula interview tu hanya HR manager, HR Exec dan seorang Asst Manager. Tetiba yang so called bakal boss aku tu masuk.. memula he said he just wants to see then he keep questioning me. Huhuhuhu mak takutnya aku masa tu. Masa ni la try hard to stay calm.

Paling tak best tu setiap soalan dia akan bertukar tapi maksudnya tetap sama. Apa motif dia aku pun x tau. Paling mengganggu emosi aku ketika itu bila dia kutuk Malaysia dan banding-bandingkan Malaysia dengan Negara jiran kita. Sapa lagi kalau bukan Singapore. Huh! Terganggu emosi makcik. Kena tahan marah sampai air mata mengalir tak sedar. Aku cakap kat dia.. walau segah mana singapura.. aku tetap sayangkan Malaysia, Malaysia tempat aku dilahirkan, Malaysia Negara ku, Malaysia tanah tumpah darah ku…Encik boleh nak kutuk saya atau siapa sahaja tapi encik jangan kutuk Malaysia. Saya ni anak Malaysia dan tetap akan jadi anak Malaysia selamanya.

Huhuhuhu… tu la yang aku jawab kat dia.. muahahhahaha

Pehtu dia kutuk lagi kereta Malaysia buruk la x setandingdengan kereta-kereta luar Negara…aku jawab…


Ya memang kereta Malaysia belum standing dengan kereta buatan luar Negara tetappi x mustahil satu hari nanti kereta nasional juga akan standing dengan kereta luar Negara. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Tak ada yang lama takkan ada yang baru. Maka tak ada yang buruk takkan ada yang terbaik. Setiap sesuatu perlukan permulaan untuk kita melangkah lebih jauh.

Kelas tak jawapan aku… tapi yang x bestnya sepanjang aku menjawab tu air mata melelh leleh. Hahahahahahah air mata menitik bukan bererti takut tapi menahan marah yang menggunung di dalam hati.

Aku ingat aku tak dapat dah keje kat sini. Maklum kenmain aku menjawab kat bakal bos kan. Mesti dia kata aku ni kaki melawan kaki menjawab dan sewaktu dengannya. Macam dah tak de harapan. Sekali tu petang derang talifon cakap dah dpt keje & tanya bila boleh start. Aku kena buat medical check-up & open account dengan EON bank.

Hahahaha itu peristiwa 5 tahun dulu.

Sekarang ni aku bakal meninggalkan profession aku sebagai Personal Assistant aka Secretary dan yang sewaktu dengannya kerana aku bakal menggalas cabaran baru.

Kengkawan semua doakan kejayaan aku….. AGI HIDUP AGI NGELABAN !!!!!

Thursday, October 30, 2008

Dunia Baru

Hari ni aku dapat surat pertukaran department. Hurm … apa nak kata terpaksa ikut juga walau berasaka sedikit tekanan.

Masa mula-mula aku dimaklumkan pertukaran jabatan aku dah terkejut juga.. terkejut beruk orang kata. Ye la tak de angin tak de rebut tetiba je pokok bergoyang… Ya aku tau nape pokok bergoyang .. ada orang yang goyangkan gagaga….

What to do…. I’m only a staff working with this company so walau rela terpaksa aku merelakan diri juga menerima jawatan ini. Aku ingat lambat lagi, tak sangka 3 Nov 2008 aku kena laporkan diri. Aku sibuk kemaskan tempat aku, shread kan apa yang perlu dishreadkan. Humaigh .. banyaknya dokumen kena shread.. dari zaman aku keje hinggalah ke zaman yang bukan aku.. tak tau la sejak bila… mungkin dari sejak company ni buka kot muahahha.

Tak pe la.. kemaskan .. once and for all.

Macam-macam reaksi aku terima dari orang keliling… ada yang menyokong dan tak kurang juga yang memberikan komen-komen negative. Human nature begitulah kaedahnya. Ada yang suka berpositif thinking and ada yang negative thinking. But as for me aku kena pikirkan semuanya secara positif… take thing positively. Pada aku the chances has been given to me by the company and it is up to me how I’m going to handle it.

Nora….. chaiyok!! Chaiyok!! You can do it.

Keep my finger cross…. Ya Allah yang maha pengasih, maha mendengar, maha mengetahui… berikanlah hambamu ini kekuatan mental dan fizikal untuk menempuhi satu lagi fasa baru dalam kehidupan…. Amin amin ya rabbul alamin.