Thursday, November 22, 2012

Long Lost Blog

Ekekekeke... dah lama tak berblog. Sungguh hampehkan. Memula malas nak update blog bila ada facebook. Kengkonon boleh curah segala kat facebook. Now dah tau, tak boleh tulis semua kat facebook sebab ada yang terasa hati, makan hati... apa kes. Hati masak kicap barulah bestkan.

Mulai hari ini aku berazam nak tulis semua yang aku tak puas hati dalam blog ni. Yang pasti blog ni blog aku, sukahatilah nak tulis apa, yang pasti ni adalah diari tempat aku luah perasaan suka duka aku. Yang pasti juga dah ramai yang lupa berkaitan blog ni rasanya. Jadi tak ada masalahlah rasanya nak corat ceret apa pun kan.


Ini Blog Aku Yang punya ekekekekkekek

Thursday, March 24, 2011

Sardine Roll, Lompang Gula Merah, Popia Ayam & Puteri Ayu

Heheheheh... tu dia 4 jenis kuih aku buat dari jam 11 malam malam tadi & tido jam 4.30 pagi tadi. Bangun semula jam 6.00 pagi 24/3/2011.... penat tapi rasa happy sebab semua yang membuat tempahan berpuas hati dengan masakan ini. Alhamdulillah...

Kelam kelibut punya pasal tak sempat pulak nak ambil photo.. tak pe nanti aku buat lagi aku paste picture kat sini.

Ramai dah nak tambah tempahan... syiok sangat.. rasa berbaloi walau tidur sekejap saja.


Amin.. amin ... amin Ya Rabbal Alamin....

Wednesday, March 23, 2011

Picture kuih muih

hahahaha... tak ada apa pun... saje je nak bagitau... pic kuih muih bisnes baru akan di lampirkan selewat2nya isnin ini.

Sibuk berbisnes

Salam kengkawan.. jangan marah sebab dah lama tak update, bukan malas tapi sibuk dengan segala macam xtvt. Sekarang pun sibuk terima tempahan kuih muih...

Doakan saya berjaya ye.....

Wednesday, July 28, 2010

Masa Senggang Bersama anak-anak

Orang kata bukan berapa lama masa yang kita luangkan untuk anak-anak dan keluarga tetapi masa berkualiti yang kita gunakan dan manfaatkan bersama mereka. Rasa gembira tak terkira bila masa itu kita manfaatkan sebaik mungkin... serasa seperti satu "roh" baru meresap ke dalam jiwa.

Last two weeks, pergi outing bersama-sama Amira dan kengkawan dia. Seronok melihat mereka seronok seakan teringin menjadi seperti mereka sesambil mengimbau kenangan silam.

Happy sungguh melihat senyuman disetiap ulas bibir mereka. Mungkin ini dapat membantu menceriakan diri yang selalu mengadap buku dan semoga suasana ini memberikan lebih semangat untuk mereka belajar dan menjadi manusia yang lebih berjaya dimasa hadapan. Ini doa seorang ibu untuk anak-anaknya.. hehehe...cherioo bebeh...










Note : lembab bangat la nak upload pic.. nanti ada masa kita upload la lagi huhuhuhu

Thursday, July 22, 2010

Salam Kembali

Lamakan aku tak berblogging... apa nak buat macam-macam yang berlaku kepada aku dan keluarga aku. Macam-macam dugaan yang membuatkan aku semakin lebih tabah dan redha dengan apa yang berlaku.

Mungkin ini semua ujian tuhan untuk menguji keimanan aku dan keluarga. Sesungguhnya Allah s.w.t lebih menyayangi aku mungkin. Maka dengan itu diuji dengan begitu hebat.

Banyak yang aku nak cerita tetapi tak tahu nak mulakan dari mana. Namun begitu aku bersyukur sangat hari ini kerana dengan segala usaha dan izinNYA maka segalanya semakin kembali ke normal. Syukur Alhamdulillah....

Nanti ada masa aku akan mencoretkan apa yang sebenarnya berlaku kepada aku dan keluarga. Aku rasa lebih selamat bercerita di sini dari bercerita di FB hahahhaha

Tuesday, September 29, 2009

Blog Baru Aku hahahaha

Salam kengkawan semua

Aku nak inform aku dah buka blog baru just nak promo product baru untuk semua orang. Terbaru di pasaran dan baik untuk kesihatan. Aku & family dah cuba dan aku harap korang pun akan dapat mencuba juga hehehehhe.

Alhamdulillah aku semakin sihat sekarang. Mak mertua aku yang ada sakit berangkai-rangkai juga semakin sihat. Mak aku kat kampung pun semakin sihat. Jadi aku nak kongsi bersama-sama teman semua supaya sama-sama sihatkan. Maklumlahkan pemakanan kita sekarang ni semakin tak berapa elok, jadi demia menunjukkan kecintaan kita kepada tubuh badan yang telah diciptakan oleh Allah kat kite ni kan.. maka kite kenalah jaga ia supaya sentiasa sihat walafiat dan dapat beribadat kepada Dia yang maha pencipta kite kan.

Ok .. adios... esok aku akan upload picture kat rumah sebelah.. mai la jengah.. kat sini pun aku letak sikit.. sebarang pertanyaan mengenai product tu aku layan di rumah sebelah ye hehehheh


assalamualaikum