Wednesday, April 16, 2008

Kehilangan

Tanggal 5 April 2008 merupakan tanggal keramat.... Aku terkejut benar... hurm itulah lumrah alam... manusia tidak akan kekal di dunia ini selama-lamanya... sampai ketika kita akan pergi meninggalkan dunia ini .. kembali kepada DIA yang menciptakan kita.

Tanggal 5 April 2008. anak sedara aku Norazman Bin Idris telah pulang ke rahmatullah. Innalillahiwainna ilai hirojiun. Sedih terkejut.. segala macam perasaan bercampur baur di benak fikiran aku.

Dia masih muda.. baru 28 tahun belum berumahtangga... cadangnya Ogos ni akan bertunang dgn gadis pilihan hati. Namun Allah s.w.t lebih sayangkan dia. Tragis kemalangan yang menimpa arwah... terkedu... x terkata apa lepas terima panggilan dari kak som. Terduduk aku seketika... tak sangka... sungguh aku tak sangka sebab dia masih muda....tapi aku yakin ada hikmah atas segala yang berlaku.

Hari kemalangan dia seperti biasa bekerja... lepas lunch ayah dia telefon tanya nape lama x balik rumah...dia ckp... hari ni nak balik lah... kawan2 kerja tanya nape hari ni makan banyak sangat.. dia kata sebb hari ni dia last makan.. lepas ni x makan dah.

About 5 minutes lepas ayah dia telefon... dia drive limo dia utk que up semula kat KLIA tu... tapi malang... ada lori yang hentam dia... langgar kat bahagian pemandu...
Dia meninggal di tempat kejadian kerana,...urat leher putus....(bergenang air mata aku ketika menulis ini) Tak sangka ,.. dia meninggal dengan cara itu.

Lepas tu kawan2 bawa arwah ke hospital putrajaya utk disahkan kematian & postmortem... dia meninggal waktu lunch.. tapi jenazah sampai kat rumah ayah dia (abg aku) jam 10.30 mlm. Ramai yang menunggu di rumah... abg aku tinggal kat flat jadinya sewa dewan la sebab sedara mara ramai datang menziarah.. jiran tetangga jgn dikatala.. ramai sungguh.

Kebetulan akak ipar aku ambil upah masak utk kenduri kawin. Mlm tu sepatutnya mlm kenduri berinai tetapi tuan kenduri dgn ikhlas hati jadikan kenduri mlm tu kenduri tahlil utk arwah,...ada org kata selagi jenazah tak dikebumikan tak leh buat tahlil arwah. Tapi ada juga yg kata bergantung pada niat.... aku pun x tau yg mana benar yg mana tidak... tetapi ramai yg dtg & menunggu sejak petang tentu mereka lapar... jadi x salah beri org makan & sesambil tu mereka buat tahlil utk arwah.... ramai yang mengaji sejak petang sehingga ke pagi... jadi tak salah la pada aku. Bukankah menjamu tetamu itu juga satu tuntutan.

Arwah selamat disemadikan di perkuburan Islam Kampung Cheras Baru... pada jam 10 pagi 6 April 2008.

Semoga rohnya aman di sana... semoga rohnya ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman... Alfatihah.

Friday, April 4, 2008

Kisah Anak-anak

Sekarang aku sibuk sangat... everyday kena ambil & hantar anak balik sekolah. Macam2 ragam kanak2 sekolah boleh lihat.... humr macam-macam sehingga aku rasa takut sekali dgn cobaan dunia waktu kini.

Pesanan aku pada ibu bapa outhere... please monitor your kids... memang kita kena trust derang tapi ada limit juga....berhati-hatilah... anak-anak sekarang lebih bijak dari kita dulu-dulu. Kanak-kanak sekarang lebih advance .. mungkin sebb faktor persekitaran.

Sekarang aku kemana-mana pun aku bawa anak2 aku .. risau nak tinggalkan kat rumah. Tapi kalau babanya ada kat rumah x payah bawa la kan hahahah masa ni la best.

Tapi nak cite ni kat korang... semlm tengahari hujan lebat gila. Ya ampun kuyup aku masa menunggu aza keluar sekolah. Habis separuh kain aku basah. Air kat area bumper tu naik ada la dlm 3 inci.. abis heel aku... cedih tengok heel kena tenggelam air hujan.

Balik rumah antar aza... tukar kain hahahhahah.... sib baik leh match kan dgn blazer yg pakai semlm. Tapi x sempat makan.... sampai opis... my officemate kesian kat aku dia kasi aku makan mamee slurrp muahahhaha... Thanks Cecil... what a gud buddy...

Ok tu je.... Ahad nak pi training netball... sapa nak ikut ayuh la bersama hahaha

Thursday, April 3, 2008

Come Back

Salam kengkawan

It's been quite sometime for me not updating any news in my blog. I'd been busy with my work load & I'm not sure whether is there anybody outthere still reading my blog or not. Oh well....what's a crap... I just wanna update my blog.. don't care whether is there anybody wanna read or not. I Just wanna update the story of my life. Let bygone be bygone hehehhehe... I'm back... Back updating my blog muahahha.... luv my blog. This is my life, my story so i just wanna write things that I wanna share with u out there... if you wanna read & wanna know more about me just enjoy reading my blog... if you don't wanna read it's ok with me... no harm ... rite?

Dear All

I just nak share kat sini bahawasanya saya memang enjoy kehidupan saya sekarang, happy dengan apa yang ada. So many things happen...luv my hubby sebab semakin understanding & more caring... luv my kids sebb semuanya menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. What a mother want most... when she's getting all the luv that she want right?

Ini sebagai permulaan kembalinya aku ke alam membloging.... sama la kaedahnya aku menulis diari setelah lama x menulis. Rindu nak menulis.. rindu nak create idea yang gila-gila... rindu nak coret kisah hidup aku sebagai kenang-kenangan di zaman tuan nanti.

Yesterday, aku ke shah alam. Kenapa? Nak tahu kenapa? Meh aku story kat korang...

Last few years back aku keje kat sebuah firm... so my boss ada kes kena saman and I'd to become the witness... but unfortunately case postponed until December 2008. Hahahahahha

Well... yg aku nak cite ni pasal semlm aku sesat di Shah Alam... muahahhaha.. tu la show how tak familiarnya aku dgn Shah Alam.. siap buleh sesat... aku bukan x tau mahkamah shah alam tu kat mana but silap masuk lorong aku dah tak tau nak pusing mana... pusing punya pusing jumpa balai polis, nak tanya org lain aku takut kena samun ... maklum manusia ni nampak je mcm baik tapi memacam boleh jadi. So the best way is aku jumpa polis di balai polis & tanya dan alhamdulillah aku sempat sampai di court at around 9.15 a.m. gitu. Cuak juga sebb aku sorang diri.

Dalam jangkamasa yang pendek tu aku dok menunggu di luar mahkamah & macam2 gelagat orang aku tengok. kelakar nya gelagat manusia yang buat aku nak gelak. Dari yg tertuduh , yang mendakwa, saksi-saksi ... para wartawan & jurukamera memasing dari memacam stesen tv semua ada. Macam2 aksi gelagat ragam manusia dapat aku lihat.

Kadang-kadang duduk sendirian buat kita melihat bende yang selama ini kita abaikan yang sebenarnya berlaku di sekeliling kita. Membuatkan aku terfikir....kebesaran Allah s.w.t yang memang tiada tolok bandingnya di dalam mencipta manusia dan segala kejadian yang berlaku di alam ini. Manusia yang berbagai ragam menjadi pelengkap kepada setiap kejadian alam. Bila kite bersendirian kita akan berfikir secara waras, meneliti setiap yang berlaku dan sebab musabab kenapa sesuatu bende itu berlaku. Akal yang waras akan menjadikan manusia itu seorang pemikir dan segala yang berlaku di sekeliling kita wajar untuk kita nilai dan jadikan pedoman serta panduan hidup.

Gelagat manusia amatlah unik. Subhanallah.. maha suci Allah.

lepas dapat tahu kes ditangguhkan aku pun bersiap untuk balik & untuk menjamu perut aku yang sedari pagi berkeroncong minta di isi. Hahahah rezeki aku kan... my ex-boss tanya where i'm heading to... aku ckp la nak makan & nak balik. So dia pun offer aku nak belanja kan.... wa peluang rezeki jgn ditolak.....musuh jgn di cari kan... apa lagi aku pun terima la offer dia.. selamat duit aku muahahha

Ghuper2nya... ada sebab lain dia ajak aku makan.. rupanya nak offer keje kat aku muahahha... bos bos.... masih lagi nak ambil aku keje ngan dia..... dia kata dia lebih serasi keja dgn aku dan dia akan bagi counter offer lebih baik dari syarikat sekarang... muahahha... aku ckp aku x leh nak bagi jawapan on the spot... he want me to think about the offer & would like to meet again sometime next weeks to discuss further..& dia kata dia akan beri kereta yang lebih besar dari sekarang.. adoi la .. apa nak buat...

Muahahah makcik dalam dilema... bos aku yg sekarang ni pun baik sangat dah aku anggap macam ayah aku sendiri... apa makcik nak buat ni

Ok itu je... esok aku sambung cite lagi... i'll try to make sure i'll update this blog everyday from today onwards... so rerajin la buka blog ni nak tahu kisah hidup aku ye.. cayunk korang semua

Jadi kengkawan semua yg dtg membaca topik ini sila-sila la berikan pendapat anda.

Monday, February 18, 2008

Entry Berjela-jelas.. Part 1

Salam kengkawan

Rasa-rasa dah berkurun lamanya aku tak mengupdatekan blog aku ni. Rindu juga aku kat korang…. Korang rindu aku ke tak hehehehhe….

Tak sangka banyak hal yg berlaku hingga aku terpaksa mengabaikan blog ini buat sementara waktu. Entry aku hari ni dan kemudian tidak akan disertai dgn gambar-gambar buat sementara waktu kerana aku menghadapi masalah dengan kamera aku … kabel ubs dia buat hal dak… menyiksakan betul.

Banyak betul aku nak ceritakan kat korang.. macam2 hal

Ok kite mulakan dengan amira…. My third daughter…. Masa buak sekolah hari tu beriya-iya dia minta ditukarkan ke kampong. Dia kata nak sekolah kat kampong… dia kata nak ubah angina. Kelam kelibut aku dibuatnya menguruskan pertukaran sekolah dia.

Masa hantar mira balik kampong dapat berita kakak aku yg paling tua nazak. Hurm…. Sempat jumpa kejap kat Hospital Kulim sebelum kite orang uruskan untuk bawa balik ke kampong. Doktor kata dah tak leh nak wat pe .. maka terpaksa bawa balik.

Masa kat rumah akak aku tu… kite buat bacaan yassin adik beradik la lepas asar tu. Masa ni aku duduk kat sebelah akak aku. Hurm elok selesai org habis baca yassin kakak aku tu menghembuskan satu nafas yg kuat… pada hemat aku yang tak bape pandai ni kan aku dah agak akak aku tak lama. Pehtu aku tengok cuping tinger dia pun dah lembik. Mungkin masa dia dah hampir. Petang tu aku terpaksa gak balik ke rumah mak aku untuk uruskan pendaftaran sekolah amira. Aku dah pesan kat anak2 buah aku supaya derang tak tinggalkan mak derang sensorang & make sure derang sentiasa mengajar dia mengucap.

Kak Peah pesan… apa2 pun yang berlaku pada kak chaq aku kena selesaikan pertukaran & pendaftaran amira. So aku pun buat la begitu. Abang2 aku & akak serta adik-adik aku yang lain semua pergi semula ke rumah kak chaq selepas subuh the next day. Aku je tinggal sebb nak uruskan amira.

Pertukaran sekolah untuk amira berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan. Alhamdulillah, anak aku sudah pun bersekolah di sekolah yang dia mahu. Risau juga takut dia x leh nak sesuaikan diri tapi setakat ke hari ni dia nampaknya gembira di sana. Biarlah janji dia nak belajar itu yang penting pada aku.

Setelah selesai segalanya… aku pun ambil keputusan untuk pulang ke KL sebb anak aku lagi dua ada kat sini. Tak bawa balik coz derang pun sekolah. Tak suka derang ponteng coz baru sangat masuk tahun barukan.

Petang tu kami bertolak balik ke KL tapi sebelum terus ke KL aku singgah rmh akak aku kat SP…. Sesampai di SP azan maghrib berkemundang. Begitu juga h/p minah (my niece) berbunyi. Aku dah agak mesti berita kurang elok. Adeh aku tersandung cermin pintu rumah akak aku yg rosak tu. Luka di kaki aku x terasa sebb jantung bergerak kencang. Innalilla hi wainna ilai hirojiun… kak chaq dah kembali ke rahmatullah. Immediately aku tipon HR officer cakap aku compassionate leave…. Hurm dapat la cuti 3 hari. Pehtu call boss aku plak informed the same thing. Lepas maghrib….kite org ke kuala ketil semula untuk ziarah jenazah akak aku. Orang kampong ramai yang hadir untuk berikan penghormatan yang terakhir.

Abang ipar aku tersangatlah buat kami adik beradik marah. Ada ka patut jenazah masih di rumah, kami masih bersedih pada ketika itu dial eh ckp … lepas ni korang jgn la lupa abg plak maklum akak korang dah tak de. Sekali kak peah telah melepaskan pelempang ke muka dia kerana bercakap mcm org tak de akal. Mana leh putus sedara.. anak2 dia tetap anak buah kami darah daging kami. Bengang sungguh aku.

Setelah lepas tengahmalam kami balik ke SP semula sebb Muqmin nak tidur…. Rumah arwah kak chaq kecik je jadi kami bagi peluang pada sedara yang lain untuk tidur di sana sebb rumah derang jauh.

Sesudah subuh the next day kami ke Kuala Ketil semula untuk urusan pengkebumian akak aku tu…. Semua berjalan lancar.. ramainya anak muda volunteer untuk usung jenazah ke kubur. Derang tak nak guna khidmat van jenazah. Keranda pun di buat dari buluh ala-ala zaman dulu. Tu la pestime aku nengok keranda macam tu. Rela pun ramai berjaga sepanjang jalan.

Masa di tanah perkuburan aku tengok tanah kubur akak aku amatlah bersih…. Tanah merah yg lembut ada pokok besar melindungi perkuburan itu. Hurm sudah sampai masanya utk kami mendengar org baca talkin sesudah jenazah selamat dikebumikan.

Sedih bukan kepalang. Aku memang tak boleh dengar org baca talkin automatic air mata mengalir menginsafi diri yang kerdil yang belum pasti tiada dosa terpalit kan.

Sesudah imam selelsai baca talkin kaum lelaki beransur keluar dari kawasan perkuburan… aku dan kakak2 aku yang lain masuk ke sana untuk berikan penghormatan terakhir. Bau kemboja yang berkembang dikuburan membuat hati aku bertambah sebak. Tapi aku tahankan diri tak mo nangis dikuburan. Bau air mawar yang baru disiram di atas pusara itu amat menginsafi diri yang kerdil ini. Aku sedekahkan fatihah untuk arwah.

Selesai kami ke rumah arwah semula… Orang kampong dah sediakan makan tengahari untuk pihak tuan rumah. Aku terharu dengan keprihatinan org kampong terhadap arwah akak aku. Sesungguhnya budi kalian amat besar pada kami sekeluarga dan semoga Allah membalas segala jasa baik kalian semua.

Petang itu aku pulang ke rumah kak nori di SP… berehat seketika sebelum bertolak balik ke KL pada mlm nya. Aku memang letih tapi aku gagahkan diri juga. Sepanjang perjalan pulang aku masih terbayang2kan arwah akak aku. Hurm dia dah kembali ke tempatnya…. Aku dan kite semua tak tahu bila masa pulak kite akan kembali ke sana. Aku berdoa moga aku akan kembali ke sana dalam iman. Semoga segala amalan aku kakan diterimaNYA.

Thursday, November 29, 2007

Projek Hantaran

Muahahahha... aku malas nak cite pasal raya.... aku nak cite pasal lain la

Few weeks ... ermm tak... few days je aku bz dgn Hantaran... anak buah nak kawin lagi.. kali ni kat perak sana nun...heheheh...aku di amanahkan utk buatkan hantaran dia. So aku ni memula tanya nak hantaran macam mana.. dia kata nak kaler itu kaler ini... ikut tema sebelah lelaki la pulak hahahha.. x pe.. bila nak beli barang tukar tema lagi.... heheheh sib baik lum beli... dah buat tetiba kata nak lain plak.. nak canggih plak tapi still under budget.. x pe... no big deal ... so kat bawah ni hantaran yg dah siap di modified menjadikan temanya Gold & Maroon...sila la jamu mata hehehehe:

Chocolate


Handbag

Jam Tangan

Kain Pasang


Alat Makeup



Potpouri

Telakung


heheheh selamat cuci mata... nanti ada masa aku dtg jadi penglipur lara lagi

Tuesday, November 27, 2007

Ibu Mertua Ku

My beloved mother in-law terkena kanser payu dara. MIL aku ni takut nak pi sepital... actually doc dah diagnosed dia kena sejak bulan March lagi tapi dia x inform kami... so semua pun x tau la apa yg dia sakit.. Few months past... mcm nothing happen je dia..

Satu hari dia sakit, kena pi jumpa doc.. baru la pastu dia cite kat kami tapi apa nak buat dah lewat so ketumbuhan itu sudah membesar. Dijangkakan akan dibedah pada pertengah bulan 11 hari tu but MIL aku ni still x mo pi bedah.. so berubat cara kampung la... sampai ke johor sana cari org pandai untuk ubatkan dia.

Ada satu mlm tu MIL aku kata pengamal perubatan itu nak hantar org datang mengubat MIL aku tapi tengah malam la. So kami pun ramai2 tunggu2 MIL aku kat rumah dia... dah sediakan segalanya seperti yg diarahkan oleh pengamal perubatan itu. Melangkah ke jam 11.30 mlm suasana rumah MIL aku sunyi je... masing2 menunggu dgn penuh harapan agar MIL aku sembuh lepas tu. Abg spt biasa menanti kat meja makan mengadap pintu bilik mak dia... apa yg abg nampak ada kelibat lelaki tua berjubah putih mundar mandir di dalam bilik mak dia. Hurm aku x leh sahihkan sebb aku x tengok sendiri.. aku percaya apa yang abg ckp je...

Lepas keesokannya.. aku tanya MIL apa dia rasa.. dia rasa sedikit lega... tapi few weeks after that still sakit gak. Tak tau nak buat apa...

Pihak hospital kata kena potong sebelah payu dara MIL aku... MIL aku x nak kena potong, dia takut.... dia fobia sebb dulu FIL aku kena potong kaki akibat kencing manis ... & selepas potong terus meninggal... so dia pikir mende ni akan jadi kat dia... ye la org tua kan kite paham la perasaan dia...

Biras aku carikan pengamal perubatan yg baru... kat sentul sana .. nama tempat tu PUSAT PERUBATAN KERATON... last saturday.. MIL aku di"operate" di sana.. aku ada vc dia....nanti aku free aku upload kat sini kasi korang tengok... "DOC" tu potong sikit je & keluarkan mcm isi yg berakar dari payu dara MIL aku. la ni MIL aku dah sihat.. alhamdulillah.... masih monitor perkmbangan MIL aku lagi.. nak tengok apa plak jadi lepas ni. Kalu sembuh sepenuhnya alhamdulillah.

Tu la semenjak dua menjak ni aku pening pala... memikiorkan bermacam mende dalam pala hotak aku... so kepada sesiapa yg terguris hati .. aku x layan ke apa ke maafkan la aku.. kenkadang kite x sedar pun silap kite tapi bila dah buat baru nak sedar.. tu yg org tua2 pesan.. terlajak perahu leh gostan terlajak kata... sendiri mau ingat hahahhaha...

wassalammu....

Tuesday, November 13, 2007

KENAPA AKU TAK UPDATE BLOG?

Hahahahah.... assalamualaikum semua kengkawan....

Pertama-tama aku nak minta maaf kat kengkawang semua yg jenguk mai blog aku tapi x de apa2 update. Bukan aku malas atau dah jemu berblog.. tetapi kesibukan melanda diri menyebabkan aku terpaksa menunda semua updating untuk blog ini. Kerja-kerja office makin bertambah...kerja-kerja rumah juga bertambah hahhaha... jadi hari ni aku nak update setakat yang boleh la ye... yg mana aku ingat.. yg lupa lain kali aku cite.. hahhah jgn marah ye.

Banyak mende berlaku.... sepanjang puasa lepas aku ada terima tempahan kek & juga cookies.. boleh la dpt duit saku utk raya .. heheheheh.. letih la juga.. tapi berbaloi la kan... hurm.. x payah aku paste pic cookies & kek sama je yg ada kat slide aku tu....

Pehtu aku balik kg raya lepas.... x la jem sangat pun walau ramai kata jam kan pada hari jemaat tu but aku selamat...

Sampai kg malam raya... akak2 aku semua dah pegi ke Guar Chempedak jalan2 cari makan & cuci mata. Masa aku sampai... elok parking kete.. adik aku pplak sampai... dah sibuk salam2 abg aku plak sampai dgn anak2 dia.. abg aku balik 3 buah kete...

Bila semu dah sampai borak2 akak2 aku yg pegi shopping kat Guar Cempedak pun balik... ya ampun.. parking penuh.. sesak... korang bayangkan kawasan rumah aku kena sediakan parking sebanyak 12 buah kerete...huhuhuhuhu....nak jalan pun susah....x pe la bukan selalu pun... setahun sekali je....hehehehhe

Syiok ni balik ramai2.... mlm tu juga (boleh la jadikan malam as pagi sebb masa tu dah jam 4.00 pagi) aku kukus kek lapis heheheh utk mak aku ....Lepas kukus ngantuk gila siot... dah siap kukus aku mandi la ... mandi sunat aidil fitri... pepagi mandi... orang paling awal mandi pagi tu... lepas mandi aku siapkan semua bekas kuih... pehtu aku tidur bila semua org bangun utk mandi hahahhaha... ade org mcm ni ... jgn x tau..... yg best x de sapa ganggu aku tidur.. syiok je aku layan mata... org balik sembahyang sunat baru aku bangun siap hahahhahah.... jgn silap paham bukan aku x mo sembahyang sunat tapi maklum... cuti bulanan org pompuan kan.

Pagi tu semua bersalam-salaman... bermaaf-maafan sesambil ambik photo keluarga semua... Nak tahu tahun ni meriah sakan... semua anak menantu mak aku balik...siok gila... leh tengok mcm2 perangai... yg nak makan hati pun ada hahaahh tapi biasa la kan balik ramai2... yg nak jadi mem pun ada ... yg nak jadi raja pun ada.... yg rajin pun ada ... hahahhaha macam2 ada.

Lepas tu ziarah kubur arwah ayah, tokwan dan sedara2 lain... & kendian kumpul rumah 2 pupu aku makan nasi tomato.. pergh sedap gila....lepas tu balik rumah siap2 nak melawat pak menakan aku kat Alor Setar dan kawasan sekitarnya hahahhaha... aku pun x bape tau nama tempat tu... aku tau bawa kete terus pi umah dia je kekekekek.... ramai la rumah sedara mara .... most of aku nye pak menakan & mak menakan semuanya dah uzur2.. so kami pi lawat semua ..bukan apa x mo nanti nyesal x sudah sebb bukan senang nak pi melawat depa ni... maklum tempat nye jauh2 belaka. Lagi pun masa2 macam ni la nak kenalkan anak2 dengan sedara mara supaya nanti jumpa kat jalan selisih bahu pun kenal la kan.. takkan x kenal sedara plak.

The whole day hari raya tu aku naik kete abg ipar aku pehtu muqmin pulak sibuk nak dok kat bonet kete....hahah suka dia dok kat belakang tu sesambil main dgn abg sepupu dia si iqram.
muqmin & iqram dalam bonet kete hahahha

Lot more xtvt yg dilakukan sepanjang kat kg... a day before balik KL... aku gi tidur rumah akak aku kat Sg Petani.. heheheh cadang nak balik pagi isnin tapi abg la kan suka hati dia tukar jaduah... alih2 kata nak balik malam plak... huhuhu merasa la aku makan tengahari iwan yg masak.. pandai si bujang ni masak... ni semua sbb akak aku la tetiba demam plak sampai muntah2 hahahha... nila akibat banyak sangat berjalan raya hahhaha.

Jadinya aku pun mula la operasi mencuci baju kotor kan... malas plak nak bawa balik baju kotor bebanyak... cuci kat umah kak nori la... kering angkat sidai.. tu la sepanjang hari aku buat kat rumah kak nori.

Malam tu siap2 nak balik sedara aku dtg bertandang rumah akak aku plak.. dapatla jumpa kalu tak .. x jumpa la kan ...hurmmm ... Lepas siap semua kami bertolak balik ke KL.. alhamdulillah sebb guna smart tag aku x stuck kat plaza tol... tapi ada gak la sangkut sikit bila mana pemandu2 kereta yg x bape paham bahasa dok pi masuk lorong smart tag pehtu nak cilok masuk lane tunai... tu yg sedikit sangkut.. kalu idak lancar je perjalanan aku.

HUrm dah penat nanti aku sambung ye... baca yg ni dulu.. keje banyak ni...heheheh