Monday, November 3, 2008

Dunia Baru 4

Hari ini bermulanya hari baru di dalam hidup aku. Aku akan berpindah ke tingkat atas dengan position yang baru. Tak de lagi duduk dalam akuarium. Tak de lagi duduk sorang-sorang. Tak de lagi privacy. Hurm… aku tak kesah pun… selagi nafas ini masih bernyawa maka selagi itulah kite kena bersedia dengan setiap perubahan yang bakal berlaku di dalam hidup kita.

Hidup perlu diteruskan no matter what will happen sehinggalah Izrail datang menjemput kite ke Sana.

Pagi ni macam biasalah apabila berlakuk pertukaran maka mengusungla kerusi meja apa yang patut. Terima kasih kepada adik-adik general workers yang membantu aku mengangkat apa yang patut. Baik hati mereka… hanya Allah yang dapat balas budi mereka. Bukan senang nak angkat meja segala. Bukannya ringan. Tak lalu teman nak ngangkat sorang-sorang. Hahahhahahaha

Rasa janggal, rasa terasing, rasa kekok .. pendak kata semua rasa ada kat dalam hati dan perasaan aku ketika ini. Adatlah kan bila seseorang yang baru hadir ke tempat orang lain. Mesti rasa caca marba kat dalam jiwa raga.

Namun begitu Alhamdulillah mereka menerima aku walau ada yang aku Nampak seperti pandang sinis je. Makcik tak kisah… I’ll survive muahahhaha…

Petang hari ada mamat sorang ni,, aku tau niat hati dia baik, nak back-up aku tapi cara dia bercakap & setiap patah perkataan yang keluar dari mulut dia macam menghiris hati aku … membuatkan aku rasa terpencil, membuatkan aku rasa terbuang dan terasing.

Ya Allah ko tetapkanlah hati hambamu ini.

Nora.. think positively… no looking back.. go forward… grab what you want.

Sunday, November 2, 2008

Dunia Baru 3

Today aku datang kerja.. untuk persiapkan atau kemaskan apa yang patut. Aku datang sebelah petang. Buat la apa yang patut. Abang yang hantar aku ke opis sebb abang nak ke port klang nak tukar tayar & rim kereta. Hahahahah tukar lagi… adoila che abe den ni… suka benar tukar rim kereta.

Makcik tak kesah sebab makcik yang akan guna… tukar la.. tukar sepuluh kali pun makcik rela sebb yang guna kereta banyak sangat makcik la muahahha.


Lewat petang baru abang datang jemput. Malam tu aku penat gilos.. ye la penat mengemas.. pehtu tension tak tau macam mana penerimaan orang kat floor atas akan kedatangan aku.

Friday, October 31, 2008

Dunia Baru 2

Hurm… apa nak kata ye… rasa sedih, rasa terharu rasa macam kena buang pun ada bila bos aku panggil aku dan bercerita tentang pertukaran aku. The way he talk mcm dia tak tahu apa-apa. Tapi jauh di sudut hati aku terasa seperti dia tahu. Apakah???????????

Hari ni dia buatkan aku menitikan air mata lagi…. Kawan yang akan gantikan aku tu kata.. bos ni masa interview dan kasi dia nangis sekarang nak pisahpun kasi dia nangis… Muahahahha kenangan 5 tahun lalu menjengah kotak fikiran aku.

Terasa mcm baru semalam berlaku. I met my friend kat satu tempat interview di Shah Alam. Aku ni bila pergi interview tak pernahnya nak bercakap dengan pesaing aku. Cukup sekadar dengan senyuman. Coz aku ni bukan sombong tapi takut gabra andai bila berborak dengan pesaing dan aku dapati pesaing aku lagi hebat dari aku maka dengan secara tak langsung keyakinan diri aku akan merudum. Justeru itu aku lebih suka tersenyum memandang pesaing aku dari berbual-bual kosong.

Member aku ni tergur aku memula tu… aku pun berbual dengan dia.. entah macam mana boleh termesra plak dengan dia. Dia tanya tempat tinggal aku di mana… aku pun cerita la dengan dia. Tetiba dia kata kat tempat kerja dia ada kerja kosong. Kalau aku berminat dia suruh aku hantar resume… Aku pun memang la nak sangatkan kerja dekat dengan rumah…. So apa lagi.. aku turn down offer yang dekat shah alam & hantar resume kat tempat kerja member aku yang telah menjadi tempat kerja aku selama 5 tahun ini.

Hurm…. Sakit hati masa interview tuhan sahaja yang tahu. Korang bayangkan masa interview kena buat rumusan graf, kena buat analisis lebuhraya di Malaysia. Kenapa lebuhraya bengkang bengkok terutama di kawasan berbukit dan kenapa tak boleh lurus. Kenapa ada patung polis tapi polis tak ada kat pondok polis sepanjang lebuhraya.

Mak aku nak nangis… apa jenis interview ni. Actuallay masa memula interview tu hanya HR manager, HR Exec dan seorang Asst Manager. Tetiba yang so called bakal boss aku tu masuk.. memula he said he just wants to see then he keep questioning me. Huhuhuhu mak takutnya aku masa tu. Masa ni la try hard to stay calm.

Paling tak best tu setiap soalan dia akan bertukar tapi maksudnya tetap sama. Apa motif dia aku pun x tau. Paling mengganggu emosi aku ketika itu bila dia kutuk Malaysia dan banding-bandingkan Malaysia dengan Negara jiran kita. Sapa lagi kalau bukan Singapore. Huh! Terganggu emosi makcik. Kena tahan marah sampai air mata mengalir tak sedar. Aku cakap kat dia.. walau segah mana singapura.. aku tetap sayangkan Malaysia, Malaysia tempat aku dilahirkan, Malaysia Negara ku, Malaysia tanah tumpah darah ku…Encik boleh nak kutuk saya atau siapa sahaja tapi encik jangan kutuk Malaysia. Saya ni anak Malaysia dan tetap akan jadi anak Malaysia selamanya.

Huhuhuhu… tu la yang aku jawab kat dia.. muahahhahaha

Pehtu dia kutuk lagi kereta Malaysia buruk la x setandingdengan kereta-kereta luar Negara…aku jawab…


Ya memang kereta Malaysia belum standing dengan kereta buatan luar Negara tetappi x mustahil satu hari nanti kereta nasional juga akan standing dengan kereta luar Negara. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Tak ada yang lama takkan ada yang baru. Maka tak ada yang buruk takkan ada yang terbaik. Setiap sesuatu perlukan permulaan untuk kita melangkah lebih jauh.

Kelas tak jawapan aku… tapi yang x bestnya sepanjang aku menjawab tu air mata melelh leleh. Hahahahahahah air mata menitik bukan bererti takut tapi menahan marah yang menggunung di dalam hati.

Aku ingat aku tak dapat dah keje kat sini. Maklum kenmain aku menjawab kat bakal bos kan. Mesti dia kata aku ni kaki melawan kaki menjawab dan sewaktu dengannya. Macam dah tak de harapan. Sekali tu petang derang talifon cakap dah dpt keje & tanya bila boleh start. Aku kena buat medical check-up & open account dengan EON bank.

Hahahaha itu peristiwa 5 tahun dulu.

Sekarang ni aku bakal meninggalkan profession aku sebagai Personal Assistant aka Secretary dan yang sewaktu dengannya kerana aku bakal menggalas cabaran baru.

Kengkawan semua doakan kejayaan aku….. AGI HIDUP AGI NGELABAN !!!!!

Thursday, October 30, 2008

Dunia Baru

Hari ni aku dapat surat pertukaran department. Hurm … apa nak kata terpaksa ikut juga walau berasaka sedikit tekanan.

Masa mula-mula aku dimaklumkan pertukaran jabatan aku dah terkejut juga.. terkejut beruk orang kata. Ye la tak de angin tak de rebut tetiba je pokok bergoyang… Ya aku tau nape pokok bergoyang .. ada orang yang goyangkan gagaga….

What to do…. I’m only a staff working with this company so walau rela terpaksa aku merelakan diri juga menerima jawatan ini. Aku ingat lambat lagi, tak sangka 3 Nov 2008 aku kena laporkan diri. Aku sibuk kemaskan tempat aku, shread kan apa yang perlu dishreadkan. Humaigh .. banyaknya dokumen kena shread.. dari zaman aku keje hinggalah ke zaman yang bukan aku.. tak tau la sejak bila… mungkin dari sejak company ni buka kot muahahha.

Tak pe la.. kemaskan .. once and for all.

Macam-macam reaksi aku terima dari orang keliling… ada yang menyokong dan tak kurang juga yang memberikan komen-komen negative. Human nature begitulah kaedahnya. Ada yang suka berpositif thinking and ada yang negative thinking. But as for me aku kena pikirkan semuanya secara positif… take thing positively. Pada aku the chances has been given to me by the company and it is up to me how I’m going to handle it.

Nora….. chaiyok!! Chaiyok!! You can do it.

Keep my finger cross…. Ya Allah yang maha pengasih, maha mendengar, maha mengetahui… berikanlah hambamu ini kekuatan mental dan fizikal untuk menempuhi satu lagi fasa baru dalam kehidupan…. Amin amin ya rabbul alamin.

Wednesday, September 3, 2008

Ramadhan Datang Lagi

Hari ni dah masuk hari ketiga umat Islam berpuasa...aku masih lagi belum hahahahah biasa la seorang wanita yang normalkan.

Hari semlm sunyi je waktu berbuka... aza dah balik asrama... mira ada kat kg hurm... yg berbuka hanya abg & angah... Malam tadi aku masak fish & chip muahahah jadi western la plak but it is good sekali sekala bertukar selera kan.

Muqmin seperti biasa menghabiskan "hot dog" hehehehehe

Bulan ramadhan opis benarkan muslim staff balik jam 4.30 so sempat la masak. Memang tahun ni aku plan x mo beli lauk.. nak masak sendiri je...baru la terasa berpuasakan.. maklum rumah dah sunyi.

Esok-esok bila dah tua... anak-anak semua dah hidup sendiri mesti tinggal aku dgn abg je... sayu je hati ni. Hurm apa nak buat tu la kitaran hidup manusia...tu yg buat aku semakin rindu kat mak....

Tak tahu nak taip apa lagi...aku ingat nanti aku nak start posting novel aku kat sini la .. nak buat novel aku yg terbengkalai tu hahahha


So tunggu........

Friday, August 29, 2008

Khutbah Rasululah s.a.w Sempenena Ramadhan

Salam semua...

Sempena Ramadhan yang bakal menjelma marilah sama-sama kita hayati khutbah ini yang saya perolehi dari email....

KHUTBAH BAGINDA
Wahai manusia!
Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa
berkah rahmat
dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah.


Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya
adalah
malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam
yang paling
utama.


Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu ALLAH dan
dimuliakan
oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu
ibadah,
amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah.


Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati
yang suci
agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca
Kitab-Nya.
Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang
agung ini.



Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan
di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin.
Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah
tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa
yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari
apa yang tidak halal kamu mendengarnya.


Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak
yatimmu.
Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah
tangan-tanganmu untuk
berdo'a pada waktu shalatmu karena itulah saat-saat yang paling
utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya
dengan penuh kasih;


Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka
ketikamereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka
berdoa kepada-Nya.


Wahai manusia!
Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka
bebaskanlahdengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena
beban (dosa) mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu.





Ketahuilah!
Allah ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia
tidak akan
mengadzab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan
mengancam mereka
dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan
Rabbal-alamin.


Wahai manusia!
Barang siapa di antaramu memberi buka kepada orang-orang mukmin
yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan
membebaskan
seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.


Sahabat-sahabat lain bertanya: "Ya Rasulullah! Tidaklah kami
semua mampu
berbuat demikian." Rasulullah meneruskan:
Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan sebiji
kurma. Jagalah
dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan seteguk air.


Wahai manusia!
Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil
melewati
sirathol mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa
yang
meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya
(pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan
pemeriksaan-Nya di hari kiamat.


Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan
menahan murka-Nya
pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Barang siapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan
memuliakanya
pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa menyambungkan
tali persaudaraan (silaturahmi) di bulan ini,
Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia
berjumpa dengan-Nya.


Barang siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan
memutuskan
rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa
melakukan shalat
sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari
api neraka.
Barangsiapa melakukan shalat fardu baginya ganjaran seperti
melakukan 70 shalat fardu di bulan lain.


Barangsiapa memperbanyak selawat kepadaku di bulan ini, Allah akan
memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan.
Barangsiapa

Di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti
mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.


Wahai manusia!
Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah
kepada
Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu
neraka tertutup,
maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan
bagimu.


Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah
menguasaimu.
Amirul mukminin berkata: "Aku berdiri dan berkata: "Ya
Rasulullah! Apa amal yang paling utama di
bulan ini?" Jawab Nabi: Ya Abal Hasan! Amal yang paling utama di
bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah".



Marhaban Yaa Ramadhan.....semoga segala amal ibadat kita adalah datang dari hati yang ikhlas hanya untuk Allah s.w.t bukan untuk menunjuk-nunjuk.

Peringatan untuk diri sendiri juga.

Monday, August 25, 2008

X De Tajuk Pun.. Caca Marba je

Assalamualaikum

Bersua kembali kite semua di alam maya ini. Sungguh aku bukan malas untuk menghupdatekan blog ini. Aku tau rumah ini sudah bersawang... apa daya aku sibuk sangat. Maklum seorang ibu, seorang isteri dan lain-lain pangkat yang ada pada seorang aku membuatkan aku semakin sibuk. Sungguh aku tak tipu.

Aku pun dah lama teringin nak update blog tapi masa tak izikan aku untuk melakukannya. Aku minta maaf andai ada yang menghadirkan diri di blog ini namun aku sendiri tidak hadirkan diri aku di sini demi menunaikan janji aku untuk update blog aku everyday. I'm sorry....

Aku ada banyak nak cerita kat sini tapi sekarang aku tak tau nak mulakan dari mana. ye lakan hampir 4 bulan aku menyepikan diri dari updatekan blog aku ini. Ada kengkawan yang talipon tanya kenapa aku dah lama x update blog... huhuhuhu apa nak jawab... makcik bizi la dek non.. jangan marah ye....I'll try to update from time to time. Insyaallah akan mendisiplinkan diri untuk mengupdatekan blog ini.

Sebenarnya hari ini aku mengantuk sangat sebab keletihan melanda diri setelah berpenat lelah selama beberapa hari bagi menjayakan perkahwinan Norhidayani Bt Abdullah... anak kak som aku. Kami masak sendiri ... masak semua lauk ala kampung..paling best mestilah curry ikan talang masin dengan nenas & kerabu rampai ... pergh sedap siot. Seronok bila bergotong royong ni. Aku sibuk la.. seperti biasa menyipakan cenderahati buat tetamu dan beberapa perkara lain hahahha.

Orang lain menerima menantu aku yg penat ... buleh gitu.... tapi tak pe... sekali sekala bila kite bergotong royong semua bende akan jadi mudah dan pada masa yang sama silaturrahim sesama sedara mara akan lebih tersimpul kuat. Bak kata Muqmin...

"APA YANG PENTING.... KERJASAMA.... WONDERPET.. WONDERPET... KAMI X BESAR" HEHEHEHEHHE