Dear All
Aku malas nak cite pasal aku kali ini tapi aku nak cite pasal mende lain.. korang yg sudi bacalah.. yg x sudi tak payah baca bukan kena letak pisau kat leher suh baca pun hahahha...what else nak cakapkan.. this is a free country.. you can say what you wanna say but at the same time you are accountable for what you say, what you do, what you write etc etc as bind by the law...
Sama kes la dalam kite bersahabat atau berkawan atau berkenalan dengan sesiapa sahaja. Manusia sentiasa ingin kan kebahagian dalam hidup.. Di dalam mengejar erti kebahagian kenkadang manusia alpa atau khilaf di dalam membuat pertimbangan dan perhitungan. Semua manusia sama.. there is nobody perfect in this world... Rasullah s.a.w juga tidak perfect.. hanya manusia biasa namun hati baginda telah dibersihkan pada malam israk mikraj....maka kite bukan maksum seperti baginda. Kite semua akan dan sedang melakukan kesilapan samada kite sedar atau tidak sedar sahaja. Andai kita sedar alhamdulillah.. andai kite belum sedar.. cepat-cepatlah berhusabah diri dan jangan sesekali menyalahkan org lain atas apa yg berlaku ke atas diri kita.
Apa yang berlaku ke atas kite adalah apa yg kita buat sendiri.. Jalan telah diberi, akal telah diberi .. gunakanlah sebaik mungkin.
Kadang-kadang kita mengaku seseorang itu sahabat kita, kawan kita setidak-tidaknya rakan kita. Tapi adakah org itu menganggap kita sebegitu? Kita menganggap dia penting dalam hidup kita tapi adakah dia berfikiran begitu? Itu memang lumrah kehidupan andai kita tidak berkepentingan kita bukanlah rakan kepada seseorang,.. andai kite berkepentingan kepada dia barulah kita akan dianggap rakan, sahabat.. malah mungkin sedara sapa tahu kan. Lumrah kehidupan yg miskin di hina .. yg kaya dipuja. Yg miskin walau dipihak yg benar juga kadang-kadang tetap dipandang bersalah pada mereka yang tidak tahu menilai intan dan permata.
Kadang-kadang terfikir dibenak ini.. alangkah indah menjadi kanak-kanak tanpa perlu memikirkan segala macam bende. Cukup masa bangun mandi minum susu main makan nasi tidur hahahah... mudah kan jadi kanak-kanak. Manusia dewasa banyak dugaannya... kenkadang terasa tidak mampu menongkah arus percubaan dalam geloran lautan kehidupan. Itu la seoarang manusina dewasa yang kadang-kadang akan khilaf di dalam perhitungan....
Kadang-kadang kita merasakan diri kita dihargai dan ada ketika kita terasa diri kita disisihkan... mungkin silap kita sendiri namun mungkin juga bukan.. di sinilah timbulnya samada diri kita berkepentingan atau tidak.. kita kena ukur baju dibadan sendiri untuk tahu samada kita layak atau tidak berada di dalanm kelompok manusia yg kita terasa teringin sangat berada di dalamnya. Andai rasa diri tidak layak.. undur la diri.. tidak perlu di halau kerana kita sendiri akan sedar andai diri tidak layak kerana tanda-tanda penyisihan akan diberi oleh kelompok itu tadi.
Kita sama sahaja di mana jua di atas bumi ini kita berpijak kita tetapp menjunjung langit nan satu dan tuhan nan satu...walau apa bangsa ,... kite tetap sama mempunyai darah merah yg mengalir.. tidak ada darah biru dalam diri kita.. kalau org kata dia darah putih maksudnya org tu berpenyakit luekimia hahahha
ok.. itu je aku nak meraban..
wassalamualaikum
No comments:
Post a Comment