Salam kengkawan
Rasa-rasa dah berkurun lamanya aku tak mengupdatekan blog aku ni. Rindu juga aku kat korang…. Korang rindu aku ke tak hehehehhe….
Tak sangka banyak hal yg berlaku hingga aku terpaksa mengabaikan blog ini buat sementara waktu. Entry aku hari ni dan kemudian tidak akan disertai dgn gambar-gambar buat sementara waktu kerana aku menghadapi masalah dengan kamera aku … kabel ubs dia buat hal dak… menyiksakan betul.
Banyak betul aku nak ceritakan kat korang.. macam2 hal
Ok kite mulakan dengan amira…. My third daughter…. Masa buak sekolah hari tu beriya-iya dia minta ditukarkan ke kampong. Dia kata nak sekolah kat kampong… dia kata nak ubah angina. Kelam kelibut aku dibuatnya menguruskan pertukaran sekolah dia.
Masa hantar mira balik kampong dapat berita kakak aku yg paling tua nazak. Hurm…. Sempat jumpa kejap kat Hospital Kulim sebelum kite orang uruskan untuk bawa balik ke kampong. Doktor kata dah tak leh nak wat pe .. maka terpaksa bawa balik.
Masa kat rumah akak aku tu… kite buat bacaan yassin adik beradik la lepas asar tu. Masa ni aku duduk kat sebelah akak aku. Hurm elok selesai org habis baca yassin kakak aku tu menghembuskan satu nafas yg kuat… pada hemat aku yang tak bape pandai ni kan aku dah agak akak aku tak lama. Pehtu aku tengok cuping tinger dia pun dah lembik. Mungkin masa dia dah hampir. Petang tu aku terpaksa gak balik ke rumah mak aku untuk uruskan pendaftaran sekolah amira. Aku dah pesan kat anak2 buah aku supaya derang tak tinggalkan mak derang sensorang & make sure derang sentiasa mengajar dia mengucap.
Kak Peah pesan… apa2 pun yang berlaku pada kak chaq aku kena selesaikan pertukaran & pendaftaran amira. So aku pun buat la begitu. Abang2 aku & akak serta adik-adik aku yang lain semua pergi semula ke rumah kak chaq selepas subuh the next day. Aku je tinggal sebb nak uruskan amira.
Pertukaran sekolah untuk amira berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan. Alhamdulillah, anak aku sudah pun bersekolah di sekolah yang dia mahu. Risau juga takut dia x leh nak sesuaikan diri tapi setakat ke hari ni dia nampaknya gembira di sana. Biarlah janji dia nak belajar itu yang penting pada aku.
Setelah selesai segalanya… aku pun ambil keputusan untuk pulang ke KL sebb anak aku lagi dua ada kat sini. Tak bawa balik coz derang pun sekolah. Tak suka derang ponteng coz baru sangat masuk tahun barukan.
Petang tu kami bertolak balik ke KL tapi sebelum terus ke KL aku singgah rmh akak aku kat SP…. Sesampai di SP azan maghrib berkemundang. Begitu juga h/p minah (my niece) berbunyi. Aku dah agak mesti berita kurang elok. Adeh aku tersandung cermin pintu rumah akak aku yg rosak tu. Luka di kaki aku x terasa sebb jantung bergerak kencang. Innalilla hi wainna ilai hirojiun… kak chaq dah kembali ke rahmatullah. Immediately aku tipon HR officer cakap aku compassionate leave…. Hurm dapat la cuti 3 hari. Pehtu call boss aku plak informed the same thing. Lepas maghrib….kite org ke kuala ketil semula untuk ziarah jenazah akak aku. Orang kampong ramai yang hadir untuk berikan penghormatan yang terakhir.
Abang ipar aku tersangatlah buat kami adik beradik marah. Ada ka patut jenazah masih di rumah, kami masih bersedih pada ketika itu dial eh ckp … lepas ni korang jgn la lupa abg plak maklum akak korang dah tak de. Sekali kak peah telah melepaskan pelempang ke muka dia kerana bercakap mcm org tak de akal. Mana leh putus sedara.. anak2 dia tetap anak buah kami darah daging kami. Bengang sungguh aku.
Setelah lepas tengahmalam kami balik ke SP semula sebb Muqmin nak tidur…. Rumah arwah kak chaq kecik je jadi kami bagi peluang pada sedara yang lain untuk tidur di sana sebb rumah derang jauh.
Sesudah subuh the next day kami ke Kuala Ketil semula untuk urusan pengkebumian akak aku tu…. Semua berjalan lancar.. ramainya anak muda volunteer untuk usung jenazah ke kubur. Derang tak nak guna khidmat van jenazah. Keranda pun di buat dari buluh ala-ala zaman dulu. Tu la pestime aku nengok keranda macam tu. Rela pun ramai berjaga sepanjang jalan.
Masa di tanah perkuburan aku tengok tanah kubur akak aku amatlah bersih…. Tanah merah yg lembut ada pokok besar melindungi perkuburan itu. Hurm sudah sampai masanya utk kami mendengar org baca talkin sesudah jenazah selamat dikebumikan.
Sedih bukan kepalang. Aku memang tak boleh dengar org baca talkin automatic air mata mengalir menginsafi diri yang kerdil yang belum pasti tiada dosa terpalit kan.
Sesudah imam selelsai baca talkin kaum lelaki beransur keluar dari kawasan perkuburan… aku dan kakak2 aku yang lain masuk ke sana untuk berikan penghormatan terakhir. Bau kemboja yang berkembang dikuburan membuat hati aku bertambah sebak. Tapi aku tahankan diri tak mo nangis dikuburan. Bau air mawar yang baru disiram di atas pusara itu amat menginsafi diri yang kerdil ini. Aku sedekahkan fatihah untuk arwah.
Selesai kami ke rumah arwah semula… Orang kampong dah sediakan makan tengahari untuk pihak tuan rumah. Aku terharu dengan keprihatinan org kampong terhadap arwah akak aku. Sesungguhnya budi kalian amat besar pada kami sekeluarga dan semoga Allah membalas segala jasa baik kalian semua.
Petang itu aku pulang ke rumah kak nori di SP… berehat seketika sebelum bertolak balik ke KL pada mlm nya. Aku memang letih tapi aku gagahkan diri juga. Sepanjang perjalan pulang aku masih terbayang2kan arwah akak aku. Hurm dia dah kembali ke tempatnya…. Aku dan kite semua tak tahu bila masa pulak kite akan kembali ke sana. Aku berdoa moga aku akan kembali ke sana dalam iman. Semoga segala amalan aku kakan diterimaNYA.
5 comments:
salam kenal...nora hantaran dari mane? Cabai Burung
Mier, sosorry dgn berita kak chaq hang, takziah dari aku, Bijak dan semoga Rohnye di cucuri rahmat. lama tak dgq berita.
World Of Warcraft gold for cheap
wow power leveling,
wow gold,
wow gold,
wow power leveling,
wow power leveling,
world of warcraft power leveling,
world of warcraft power leveling
wow power leveling,
cheap wow gold,
cheap wow gold,
buy wow gold,
wow gold,
Cheap WoW Gold,
wow gold,
Cheap WoW Gold,
world of warcraft gold,
wow gold,
world of warcraft gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold
buy cheap World Of Warcraft gold g3y6z7wa
takziah mier... alFatihah untuk arwah..
Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Impressora e Multifuncional, I hope you enjoy. The address is http://impressora-multifuncional.blogspot.com. A hug.
Post a Comment