Thursday, July 22, 2010

Salam Kembali

Lamakan aku tak berblogging... apa nak buat macam-macam yang berlaku kepada aku dan keluarga aku. Macam-macam dugaan yang membuatkan aku semakin lebih tabah dan redha dengan apa yang berlaku.

Mungkin ini semua ujian tuhan untuk menguji keimanan aku dan keluarga. Sesungguhnya Allah s.w.t lebih menyayangi aku mungkin. Maka dengan itu diuji dengan begitu hebat.

Banyak yang aku nak cerita tetapi tak tahu nak mulakan dari mana. Namun begitu aku bersyukur sangat hari ini kerana dengan segala usaha dan izinNYA maka segalanya semakin kembali ke normal. Syukur Alhamdulillah....

Nanti ada masa aku akan mencoretkan apa yang sebenarnya berlaku kepada aku dan keluarga. Aku rasa lebih selamat bercerita di sini dari bercerita di FB hahahhaha

No comments: