Friday, May 11, 2007

BABY QISTINA

Assalamualaikum w.b.t.

Enam bulan lepas seorang bayi yang mungil dilahirkan dan menjadi buah hati pengarang jantung kepada sepasang ibu bapa. Kelahiran Qistina menjadi amat bermakna kepada pasangan Hazrol dan isteri kerana Qistina adalah cahaya mata sulung mereka dan kelahiran Qistina juga mengikat lebih erat kasih sayang antara kedua suami isteri ini.

Namun siapa sangka saat-saat manis ini bakal diputuskan andai Qistina tidak dibantu. Qistina telah disahkan menghidapai HEPATOBLASTOMA, sejenis barah hati. Bayi kecil ini memerlukan bantuan anda semua. Saya menyeru kepada rakan-rakan semua untuk membantu sedaya yang mampu agar bayi comel ini akan dapat membesar sebagaimana anak-anak yang lain.

Keterangan lanjut layari la http://www.qistina.org/

Tangan yang memberi akan sentiasa diingati ...

No comments: