Friday, July 6, 2007

Hari ni seperti biasa adalah hari bekerja. Sedikit Bz.. tapi pagi tadi aku dah sempat la masak kkuah lodeh kan utk di makan bersama nasi impit & rendang ayam & kuah kacang yg aku masak malam tadi. Syiok nya terasa macam nak raya... best gak sekali sekala masak macam ni kan.




Aku bawa sedikit ke opis besa la utk breakfast, ade la dua tiga org member aku yg rezeki derang ada sebb datang awal kan. Kalu lambat nampak gayanya tengok bekas je la kan heheheh. Sonok makan breakfast reramai gitu. meriah sungguh...

Dalam pukul 10.00 pagi camtu aku diberi arahan untuk menghadirkan diri ke LLM wakil syarikat untuk mendengar ceramah agama oleh Ustazah Bahayah. Aku ok je maklum aku suka ustazah ni. One of my peberet la kan.. aku suka bila dia bercakap tak ngantuk syiok je aku dgr bila dia ckpkan. Tapi yang jadi masalahnya aku hari ni pakai suar panjang, kena a balik tukar kan .. kang x kena majlis plak.. buat malu je. Member aku offer kete dia sebb kete aku kan rosak.

So tengahari tu aku balik rumah la dengan member aku tapi aku la drive jhahahahah. Dapat la derang menjamu nasi impit dgn rendangnya tadi. Huhuhuhu suka aku tengokd erang berselera makan. Kiranya ok la kan aku masak banyak memula takut membazir tapi jadi kenduri kecil-kecilan.

Lepas makan & aku tukar baju, kami gerak ke LLM, best juga la ceramah kali ni. Banyak la diberi panduan untuk kerukunan rumahtangga & macam mana nak cemerlang dalam pekerjaan. Tapi penceramah dia bukan ustazah bahiyah but hubby dia. Tak pe la yg penting ilmu yg disampaikan tu sampai juga pada aku kan. Insyaallah aku akan cuba buat yang terbaik untuk diri aku, keluarga aku dan pekerjaan aku.

Pokok pangkalnya hati. Hati yang bersih menjamin semuanya berjalan lancar. Tak kira seribu cubaan datang menggodakan insyaallah akan berjaya ditempuh. Tapi kena ingat la untuk dapat hati yang bersih kite kena selalu cuci dengan bacaan ayat2 suci Al-Quran. benar la kata ustaz.. kalu aku ada problem aku baca Quran .. bila aku baca Quran and baca terjemahan hati aku jadi sejuk bila hati sejuk otak aku boleh pikir dengan tenang. Tu la kan hikmahnya baca Quran...

Pekerja yang cemerlang bermula dari rumah, kerana di rumah la kite akan makan tidur dann sebagainya, jadi segala-galanya bermula di rumah. Pembesaran kite juga bermula di rumah. Dari rumah kite melangkah keluar.. dari luar kite tetap pulang ke rumah. Oleh itu hargaila rumah anda... peliharalah ia dengan sebaik-baik mungkin, limpahkanlah rumah tangga anda dengan bacaan ayat suci Al-Quran nescaya aman rumahtangga anda, bila rumahtangga aman hati senang, wajah ceria semangat untuk melakukan sesuatu itu akan lebih kuat.. insyaallah anda akan berjaya.

Banyak lagi yg aku pelajari semlm. Seronok sekali sekali mendengar ceramah agama. Sesekali mensucikan minda kan tak salah malah lebih molek lagi kan kengkawan heheheh.

Petang balik rumah ingat nak sambung makan nasi impit. Hahahahah bibik kata dah abis sebb tira bawa kawan jamu makan & aza juga bawa kawan datang rumah jamu makan. Aku cakap dekat bibik tak pe la.. sekurang-kurangnya dah jadi kenduri kecil2an untuk kanak-kanak... sebab doa kanak2 lebih real maksud aku lebih ikhlas kan. Pujian mereka juga ikhlas... sesuci hati kanak2...

Jadinya terpaksa la aku masak lain untuk malam tu.. tak pe.. rezeki kanak-kanak.. aku suka masak bila da yang makan hehehe

No comments: