Masuk hari ni dah 3 hari aku berpuasa. Seronok plak rasanya berpuasa time org semua makan. Kenapa aku cakap macam tu? Kerana masa ni lah kita diuji lebih dasyat daripada puasa di bulan Ramdhan. Apa taknya.. masani la ko rasa semuanya sedap. Bau kopi o pun jadi sedap. walhal selama ni ko x suka pun kopi o kan. Hahahaha tu la dugaan namanya. Alhamdulillah selama 3 hari aku puasa tak de apa-apa halangan. Semuanya lancar.
Kepada kengkawan yang belum ganti pose tu eloklah korang ganti ye maklum sekarangdah nak hampir bulan tujuh. Pejam celik lebih kurang 2 bulan je lagi korang ada masa. Ramadhan tahun ni awal. 13 September dah Ramadhan. Takut nanti ada yang tak terganti kang kena ganti tahun lain dah kena bayar fidiyah plak. hehehehe Jangan la marah ye kengkawan ini peringatan untuk aku & untuk korang jugak.. Saling mengingati itu harus untuk lebih membahagiakan hidup.
Semalam aku masak kari ikan cicah roti untuk buka puasa. Ya Rabbi sedapnya.. lama x makan roti paun cicah kari ikan. Berselera aku makan.
Hari ni aku pepagi dah masak sup campur2 untuk makan buka nanti. Dah pesan dengan bibik untuk panaskan sup petang nanti & celurkan bihun dan buat sambal kicap. Ni bukan kuah soto tapi sup yang aku campur memacam mende kat dalam dia hahahah.. Aku panggil tu sup bodo sebb x tau nama apa sup tu.
Pagi pagi tadi sebelum datang keje aku masak agar-agar. Dan pesan kat bibik bila dah keras masukkan kat dalam peti ais. Mesti sedapkan makan agar-agar yg sejuk. Hurm dah lama aku x makan agar-agar. Teringin sangat... tu la kan orang kata tekak orang berpuasa macam-macam. Semua bende nak makan. Tapi nafsu aku terkawal lagi la. Idakla nak masak bermacam bende sampai x termakan nanti.
Tu je la nak cite hari ni. Tak de apa sangat pun. Cuma aku nak disiplinkan diri aku agar menghupdate tiap2 hari blog ni supaya x sunyi. Kalau orang lain x baca tak pe sekurang-kurangnya aku leh baca balik sendiri apa yang aku buat pada setiap hari. Hahahahahaha...
So enjoy reading coz aku enjoy writing...
No comments:
Post a Comment