Seperti aku cakap dlm posting yg lepas, anak buah aku si Miza kahwin on 2/6/07. Aku dah start bz sejak 30/5/07. Hari 1/6/07 hari nikah dia. Kalu siot. Pestime kan orang bagi tanggungjawab berat. Masa 30/5/07 aku tidur kat dewan je tempat majlis akan dilangsungkan tu. Sakit kepala aku, bebudak x mo tidur derang main pingpong. Aduh mata x leh lelap. Dah la kena tidur atas comforter je. Sakit belakang semua pun kena hahahah tu la kan selama ni tidur atas tilam empuk. Sesekali kena tidur atas comforter terasa la keinsafan melanda bila kenang2 kan macam ni la agaknya mangsa banjir tidur kan kat dewan bila diserang banjir atau bencana yang lain. Syukur la aku masih lagi tidur di tilam empuk setiap malam tanpa sebarang bencana.
Berbalik pada cerita aku tadi, jam 5.30 a.m on 1/5/07 tu aku kena pi stesen bas putra untuk ambik my partner in crime (anak buah aku si Iwan). Dia belajar kat UITM Dungun. Aku dan dia lah yang telah diberikan mandat oleh tuan rumah yakni akak aku untuk sediakan pelamin dan lauk pengantin. Pendek kata yang berkaitan dgn pengantin kami dua kena uruskan. Lepas jemput Iwan kat putra, kami terus balik ke rumah aku Di Bandar Mahkota Cheras nun. Pergh derang semua sambung tidur aku plak yang kena buat kek & sirih junjung. Aku kena buat kek la pasal 2/6 nak kena bawa pegi rumah pengantin.
Masa sibuk2 buat sirih junjung tu akak aku kalut la talifon takut kami lambat sampai. "Wei cepat la datang, satgi orang lain yg pegang pelamin tu abis la". Maksud dia kalu orang lain dia takut budget lari. Maklum akak aku ni bukan la orang kaya sangat tapi tak la miskin. Dah tu ni kenduri kahwin pertama untuk anak sulung dia Miza.
Maid aku yang dah siap nak buat cekodok pun aku kata x pe la, tak payah buat siap2 kita ke Selayang sekarang. Tak makan la bekfast aku pagi tu. Sampai kat Selayang jadi hal, paip rumah akak aku kena cilok. Banyak rumah juga la yang kena. Huh! menyusahkan hidup orang betul malaun yang cilok batang paip. Jadi moral of the story, korang rajin2 la check paip air kat rumah korang, mana tau, tetiba air tak de hahahahah. Dah semua kelam kabut air tak de. Harapkan dewan yang disewakan tu je. X pe la... aku & iwan memulakan operasi kami la nak buat pelamin. Alhamdulillah kami berjaya siapkan pada petang itu. Itu pun selepas aku kuyup dibasahi hujan lebat yang melanda. Cian kat aku. Anak buah punya pasal x pe makcik sanggup kuyup. Siap pelamin aku & iwan pegi lagi pasaraya cari bunga untuk meja pengantin lagi. Orang kat pasaraya tu semua tengok semacam je.. pagi tadi orang dua ni dah datang beli bunga ni datang lagi beli bunga.. Tapi aku rasa mesti derang hairan kot tengok aku dgn suar senseng ke lutut & baju pun bau asam kan hehehehe tapi idak la bau tengit sangat.
hasil kerja tangan aku dan iwan hahahah
Bila balik dari pasaraya tengok orang dah ramai bawah khemah dok ambik pic pelamin. Pergh bangga la aku. Pestime tu aku buat pelamin. Bila orang puji terasa la penat lelah semua hilang. Seronok plakkan. Jangan salah sangka, derang puji masa dok belek2 pelamin tu tapi derang x tau sapa yang buat pelamin heheheh. So aku & iwan bangga sendiri la kan. Tak sangka hasil kerja kami diiktiraf hahahahah.
Dah beres segala, pengantin berarak datang dari masjid lepas akad nikah. Korang bayangkan dari pagi sampai lepas isyak ni aku lum tukar baju. Mandi pun lepas subuh je. Pehtu x jumpa air dah. Lunch pun kul 3 ptg. Huh penat siot. Ni baru anak buah kawin, kalau anak aku yang kawin mcm mana la sibuk aku x leh bayangkan.
Lepas jamuan makan untuk tetamu yang hadir malam berinai pun bermula. Tukar2 baju pengantin la apa lagi. NI la acara yang orang tunggu-tunggu. Tapi bercakap pasal majlis berinai ni. Aku tak sangka plak majlis jadi macam hari langsung kenduri yang sebenar. Ramainya tetamu. Aduh makanan tak cukup. Tukang masak pun dah kecut perut tengok tetamu datang x putus2. Pergh ni majlis berinai ke majlis kenduri besar. Adei la penat kalut semua cukup. Tapi tak pe sebb tukang masak pro kan sekejapan nasi lauk semua siap di tambah. Meja makan dari 2 khemah dah siap di susun untuk 5 khemah, mcm agenda untuk hari langsung esok hahahaha tapi meriah. Aku rasa sebb kakak aku ni baik dgn jiran tetangga dia maka ramai la yang datang raikan anak dia. Tu la orang tua2 pesan, buat baik dengan semua orang, buat jahat jangan sekalikan. Seronok aku tengok orang ramai datang, tak rasa lapar langsung. BIla dah habis majlis berinai orang pun balik baru la terasa penat & perut pun lapar.
punjabi girl
miss india hahahaha... rege seledang je RM2K .. special made dari India, kawan dia punya.. untung nya badan leh pakai baju riban2
miss Jepun kui kui kui
banyak lagi baju tukar2, yang disewa & yang diberi pinjam oleh kengkawan dia. adoi la penat tengok dia asyik tukar baju.
Semua orang dah pulang untuk malam tu baru la kami jamah nasi putih panas berkuah curry nenas ikan masin, ulam-ulaman, sambal belacan dan ikan sardin goreng. Terasa enaknya makan walau dah tengah malam hahahaha.
Ok dah penat menaip..nanti aku relax aku sambung lagi...
No comments:
Post a Comment